Sabtu, Oktober 13, 2012

[ 4 gambar ] Cinta sebenar : Pasangan remaja tinggal di dalam bilik kecil selepas berkahwin


Mari kita mendengar cerita cinta sejati dari China. Xiao Zhang (26 )dan Xiao Pan (24) menunjukkan kadang kala hanya cinta yang diperlukan danbukannya harta duniawi. Pasangan comel ini bernikah 24 September lalu dan kini tinggal did alam sebuah bilik sebesar 4.65 meter persegi di dalam kedai milik bapa Xiao. Mereka terpaksa tinggal di dalam bilik kecil ini kerana tidak mampu memiliki rumah kerana pendapatan mereka yang kecil. Sungguhpun harta duniawi mereka sangat sedikit, pasangan ini percaya apa yang mereka perlukan di dunia hanyalah each other. Kisah pasangan ini menjadi bualan hangat di China kerana mereka enggan mengikut trend semasa di China di mana pengantin lelaki harus memiliki rumah dan kereta sebelum pinangan mereka diterima pihak perempuan.Sayabs kepada pasangan ini dan semoga jodoh berkekalan sehingga ke anak cucu. 





sumber  : klik sini




Detik-detik kemenangan Kelantan 2-0 dengan Selangor di semi final Piala Malaysia, malam tadi



Gaya sebagi wira sejati Ghaddar

.

Gol pertama Kelantan hasil jaringan cantik Ghaddar



Ghaddar bersaing mendapatkan bola dengan Bunyamin Umar dalam Semi Final malam tadi

Foto


Ghaddar meraikan jaringan selepas melakukan 'chip' menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali bagi gol pertama perlawanan separuh akhir 2, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.




Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan gaya pose yang menarik sebaik saja perlawanan separuh akhir tamat di Stadium Shah Alam malam tadi



Badri Radzi ( Piya ) bersama Shahkir selepas menang 2-0 ke atas Selangor malam tadi



Gaya Piya sebaik saja menjaringkan gol kedua Kelantan-- di mana Ajihs Nasi Lemak ni?

Foto

Penyokong Kelantan berpesta dengan berdikir barat di perkarangan Stadium Shah Alam selepas pasukan mereka mengalahkan Selangor, malam tadi.

[ Ulasan Perlawanan ] Tahniah Kelantan Melangkah Bergaya Ke Final Piala Malaysia Selepas Benam Ego Selangor 2-0 malam ini [ video]



vs 2




(Kelantan MENANG dengan agreget 3-0 )





aksi Ghaddar selepas menjaringkan gol Kelantan malam ini [ gambar dari wanfaiz.com] 

Tahniah diucapkan kepada pengurusan The Red Warriros selapas berjaya menempah slot ke pentas final apabila pasukan Kelantan berjaya menewaskan Selangor dengan jaringan 2-0 dalam penentuan Semi Final yan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam. Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia               ( ATM) selepas pasukan ATM berjaya menewaskan Lion 12 pada malam semalam dengan penentuan sepakan panelti 5-4 yang dimenangi oleh ATM. Kejayaan ini sungguh manis sekali dan peluang The Red Warrioris untuk kembali merampas Piala Malaysia terbuka luas walaupun dengan ketiadaan 2 tonggak penyerang, iaitu Mahmod Ghaddar dan Farhan yang terlepas aksi final selepas menerima kad kuning dalam aksi malam ini.

Ulasan Semi Final Kelantan vs Selangor dlm separuh masa pertama:

Sebaik saja sepak mula dalam aksi separuh akhir antara Kelantan menentang Selangor malam ini, pasukan Selangor yang mempamerkan corak permainan menyerang terlebih dahulu mendapat sepakan percuma di minit pertama permainan, apabila pemain pertahanan Kelantan, Subra menjatuhkan penyerang Selangor, Amri betul-betul di luar kotak panelti. Namun sepakan percuma yang diambil oleh Shafiq Rahim gagal menepati sasaran melepasi gawang gol. Selangor yang bertali arus cuba menyerang ke kubu Kelantan namun pertahanan Kelantan berjaya mengekang asakan penyerang Selangor yang diketuai oleh Amri Yahyah, Basko Balaban dan Shafiq Rahim.

Dalam tempoh 10 minit pertama permainan, pasukan Kelantan juga mempamerkan corak permainan menyerang dan bertahan yang sungguh efektif sekali dan berberapa peluang terbaik berjaya diciptakan untuk menjaringkan gol namun ketangkasan pengjaga gol Selangor, NorAzlan Razali menggagalkan hasrat Kelantan untuk mendapatkan gol.

Peluang terbaik Kelantan hadir dlm minit ke 12, apabila hasil lambungan cantik oleh Shakir Shaari ditanduk laju oleh Mohammad Ghaddar, namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor.Kecewa lagi Kelantan! Begitu juga seminit selepas itu hasil lorongan Norfarhan Muhammad kepada Ghaddar, namun kegopohan Ghaddar masih tidak berjaya menjaringkan gol yang dinanti-nantikan oleh 30,000 penyokong Kelantan yang hadir ke Stadium Shah Alam malam ini..

Peluang terbaik hadir lagi apabila hasil lorongan Norfarhan di betul-betul pintu gol Selangor, namun Nor Shahrul Idlan Talaha gagal menjaringkan gol. Inilah peluang yang paling baik untuk menjaringkan gol yang terbuka luas, namun masih tetap gagal.

Pemain Selangor juga bertli arus menyerang ke gawang Kelantan, Shafiq Rahim, Solihin, Rozami dan Veenod menjadi duri dalam daging yang tak putus-putus menyerang namun kegopohan dan kejayaan pertahanan memerangkap offfside menggagalkan peluang Selangor menjaringkan gol.

Dalam minit ke 22. apabila sepakan Amri dalam jarak 30 meter gagal ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi dan bola tersebut melantun dan pelanggaran berlaku antara Solihin dengan penjaga gol Kelantan menyebabkan Khairul Fahmi mengalami kecederan. 

Dalam minit ke 24 pula Daudsu dilayagkan kad kuning oleh pengadil, Amirul Yaacob, pengadil FIFA kerana  Daudsu mengasak keras penyerang Selangor, iaitu Solihin. Selangor melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang gol Kelantan, namun keampuhan pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim, Obinna Nwaneri dan Daudsu berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang malam ini.

Permainan semakin rancak, Kelantan berjaya menjaringkan gol dalam minit ke 45 permainan, apabila bola jaringan Norharhan, gagal disudahkan oleh Indera apabila hasil sepakan derasnya melepasi gawang gol Selangor. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 0-0.

Ulasan Semi Final Kelantan vs Selangor dlm separuh masa kedua

Dalam separuh masa kedua Selangor memperlahan corak permainan dan Kelantan pula mengambil kesempatan untuk memberi tekanan kepada Selangor. Jelas Selangor sungguh tertekan untuk mendapatkan gol penyamaan yang masih lagi buntuk untuk mendapatkan gol.

Dalam minit ke 48. hasil hantaran Amri berjaya disambut oleh Rozaimi namun offside pula. Beberapa minit selepas itu serangan bertali arus diketuai oleh Amri yahyah, Basko Balaban dan Solihin Kanasian masih gagal merobek gawang Kelantan. Pertahanan Kelantan yg begitu kental dan pujian harus saya berikan kepada Daudsu yang berjaya memintas setiap cubaan serangan yang berbahaya.

Cubaa Basko Balaban hasil lorongan oleh Amri Yahyah dlm minit ke 49 dalam jarak 30 meter berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi, penjaga gol Kelantan. Manakala dengan cepat Kelantan membuat counter attck bola hasil hantaran Farhan, di dada kemas oleh Ghaddar namun sepakan Ghaddar melepasi gawang gol Selangor. Terselamat lagi gawang Selangor!

Gol Kelantan juga dalam minit ke 84 permainan, apabila Ghaddar berjaya memperdayakan 3 pertahanan Selangor, Ramez Jamal Dayoub dan Ghaddar cantik cips ke dlam gawang gol selangor.Gol pertama ini menyentak semangat selangor yang peluang untuk ke final sudah tertutup.

Bertambah parah apabila Basko Balaban dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas menyiku pertahanan Kelantan Obina, meluluhkan semangat pasukan selangor

Dalam minit ke 92, Badri Radzi, atau lebih dikenali sebagai Piya meranapkan semangat Selangor apabila tendangan percuma di luar kotak penalti selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh Veenod mencecah gawang gol. Namun Piya dilayangkan  kad kuning apabila menanggalakn jersy yang memaparkan " Ajihs Nasi Lemak" .



Kemenangan 2 -0 dengan selangor [ agg 3-0]  ini sungguh bermakna sekali, dan tahniah diucapkan kepada semua pengurusan KAFA, jurulatih, Bohjan Hodak pemain-pemain serta penyokong yang tak putus-putus memberi sokongan. 

Perlawanan akhir pada 20/10/2012 nanti akan bertemu pasukan ATM di Stadium Shah Alam. Pastinya pasukan Kelantan tidak bermimpi di siang hari lagi nampaknya seperti yang telah dilaporkan oleh jurulatih Selangor, Irfan Bakti beberapa hari lalu.






Rabu, Oktober 10, 2012

[ 4 gambar ] Inilah Nadya Denise Doud Suleman, wanita yang lahirkan 14 orang anak sekaligus


Perempuan ini bernama Nadya Denise Doud Suleman, berusia 34 tahun, beliau mencipta sejarah dunia selepas melahirkan 14 orang anak dalam satu masa. Beliau juga digelar sebagai Octomom kerana melahirkan anak dalam jumlah yang sangat luar biasa ini.


Nadya Suleman bikini3 jpg




Nadya Suleman bikini4 jpg






[ 5 gambar ] Penemuan 5 planet terbaru yang menyerupai bumi oleh NASA


Pihak NASA atau lebih tepat National Aeronautics and Space Administation, telah  mengumumkan penemuan 5 planet terbaru di glaksi kita. Planet-planet yang ditemui tersebut dipercayai mempunyai ciri-ciri menyerupai bumi dan dipercayai ada hidupan.


alien planet 01

alien planet 02

alien planet 03

alien planet 04

alien planet 05

USS GEORGE WASHINGTON : JOM LIHAT KAPAL PENGANGKUT PESAWAT DI PELABUHAN KLANG SEKARANG (18 GAMBAR)


USS George Washinton, salah sebuah dari 10 buah kapal pengangkut kapal terbang milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Ianya kini sedang berlabuh di Perlabuhan Klang. George Washington ialah kapal ke-enam dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak 1992. Seperti kesemua kapal pengangkut kapal terbang kelas Nimitz, George Washington menggunakan bahan apa nuklear. USS George Washington mempunyai 6102 orang anak kapal dan 90 buah pesawat perlabagai jenis di dalamnya. Ini bermakna ia mempunyai lebih banyak pesawat di dalamnya dari keseluruhan Tentera Udara Diraja Malaysia. Daytyum! Kapal sepanjang 332.8 meter dan 76.8 meter lebar ini menjadikan Pengkalan Laut Yokosuka , Jepun sebagai pengkalan utamanya. Damn nice!







sumber : Klik sini



[ 4 gambar ] Berenang bersama anak harimau di Zoo Florida


Sebuah zoo persendirian di Florida mengenakan banyaran sebanyak US200 kepada pengunjung yang mahu berenang dan bermain-main dengan anak harimau. Sebuah zoo persendirian yang bernama Dade City's Wild Things, sebuah zoo yang terletak di luar kotaraya, Tampa, Florida telah memberi peluang kepada sesiapa saja yg mahu bermain-main dan berenang dengan anak harimau dan tambahan US10 kepada yang ingin bergambar.

Hot ticket: A Florida zoo is charging visitors $200 to spend 30 minutes swimming and playing with baby cubs

Cooling off: Animal handlers at the Florida zoo say the big cats love to swim and interact with people

Opposition: Animal rights activists say the baby tigers are being exploited and abused by the zoo

uuuuu

sumber : klik sini

t

k