Selasa, Mei 14, 2013

7 Perkara Menarik Yang Kita Tak Tahu Mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)






1. Telah Beroperasi Selama 12 Tahun

Stesen ini telah beroperasi secara berterusan selama 12 tahun dan 172 hari, setelah melangkaui rekod operasi stesen angkasa lepas sebelum ini iaitu Mir selama 10 tahun (3,634 hari) pada tahun 2010. Stesen ini juga sering diservis oleh kapal angkasa Soyuz, kapal angkasa Progress, Automated Transfer Vehicle, H-II Transfer Vehicle dan kapal angkasa Dragon. Ia juga telah dikunjungi oleh para angkasawan dari 15 buah negara yang berbeza.

2. Terdapat 5 Agensi Angkasa Lepas Yang Bertanggungjawab Terhadap ISS.

Program ISS adalah program bersama antara lima agensi angkasa lepas iaitu NASA, Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia, JAXA, ESA dan CSA. Pemilikan dan penggunaan stesen angkasa lepas ini telah diwujudkan oleh perjanjian antara kerajaan. Stesen ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu segmen orbit Rusia (ROS) dan segmen orbit Amerika Syarikat (USOS) yang dikongsi oleh banyak negara lainnya.

3. Stesen Angkasa Lepas Generasi Ketiga

Reka bentuk ISS ini telah direka mengikut reka bentuk siri Salyut dan Almaz, Cosmos 557, Skylab dan Mir sebagai sebuah stesen angkasa lepas prototaip ke-11 yang dilancarkan. ISS merupakan stesen angkasa lepas modular generasi ketiga.

4. Makanan Dalam Bekas Plastik

Kebanyakkan makanan di atas stesen ini telah diletakkan dalam bungkusan plastik yang telah divakumkan. Makanan dalam tin menelan belanja yang sangat mahal dan terlalu berat untuk diangkut, oleh itu bilangannya di ISS sangat berkurangan. Makanan yang terpelihara seperti ini secara umumnya tidak dipandang tinggi oleh anak-anak kapal dan apabila digabungkan dengan kekurangan rasa dalam persekitaran mikrograviti ini, mereka perlu menggunakan usaha sendiri bagi menjadikan makanan tersebut bertambah sedap.

5. Tidak Boleh Mandi Di ISS

ISS tidak mempunyai sebarang bilik mandi sebaliknya, anak-anak kapal akan mencuci badan mereka dengan menggunakan jet air dan kain lap basah dengan sabun yang diletakkan di dalam bekas seperti tiub ubat gigi. Anak-anak kapal juga dibekalkan dengan sabun tanpa bilas dan ubat gigi yang boleh dimakan bagi menjimatkan air.

6. Bekalan Kuasa ISS Dibekalkan Melalui Lapisan Kaca Photovoltaic.

Panel kuasa solar atau dikenali sebagai Photovoltaic arrays yang mempunyai dwi-permukaan menyediakan kuasa elektrik untuk ISS. Sel-sel bifacial ini lebih cekap dan mampu beroperasi pada suhu yang lebih rendah berbanding sel tunggal yang kebiasaannya digunakan di Bumi. Ia juga mampu mengumpul cahaya matahari dan cahaya yang dipantulkan oleh Bumi pada masa yang sama.

7. Terdapat 100 Laptop di ISS.

ISS dilengkapi dengan kira-kira 100 buah laptop jenama IBM Lenovo ThinkPad model A31 dan model T61P. Setiap laptop yang dipasang di ISS telah dibeli secara komersial di mana ia kemudiannya diubahsuai untuk keselamatan dan operasi termasuk proses kemaskini kepada penyambungan, penyejukan dan kuasa untuk menampung sistem kuasa DC setinggi 28V dan persekitaran berat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k