Mungkin sebuah keajaiban dalam sebuah peristiwa yang sangat aneh, seorang yang telah 20 tahun tidak boleh bercakap dan mendengar atau lebih tepat lelaki ini bisu dan pekak, akhirnya kembali normal seperti semula setelah meminum air zam-zam.
Surat khabar Saudi Al-Wathan melaporkan bahawa seorang lelaki Somalia bernama Ali Abdul Rahman Asy-Syarif (42 tahun) mengatakan bahawa dirinya sejak dua puluh tahun yang lalu sudah tidak boleh bercakap dan mendengar orang berbicara akibat terluka kerana tembakan dalam perang saudara di Somalia.
Dia dan keluarganya akhirnya terpaksa pindah ke England agar dapat hidup dengan aman dan melakukan pengubatan terhadap kebisuan dan ketulian yang dia deritai. Di England dia tinggal dengan isterinya dan dikarnia dengan empat orang anak, dan seorang doktor telah memberikannya kad pengenal yang menjelaskan bahawa dirinya seorang yang tuli dan bisu.
Selama di England dia menjelaskan bahawa dirinya telah berubat dengan berbagai macam doktor pakar, namun mereka gagal mendeteksi dan mengubati kebisuan dan ketulian yang dia alami.
Asy-Syarif menyatakan keanehannya yang dia alami tersebut bermula setelah dia meminum air zam-zam setelah melakukan ihram, dan pada waktu subuh dia mendengar suara adzan berkumandang dari masjidil haram dan dia pun bergegas memberitahukan ketua delegasi hajinya bahawa dirinya telah boleh mendengar dan berbicara. Hal tersebut membuat mereka hairan dan bingung kepada teman-temannya
Syarif menjelaskan bahawa mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat dan mereka membawa Syarif ke hospital di Mekah untuk diperiksa kembali dan doktor di sana menyatakan positif bahawa Syarif telah boleh mendengar dan berbicara kembali.
Dr. Muhammad Razali seorang Konsultan Telinga Hidung dan Tenggorokan Hospital Raja Faisal di Mekah, mengatakan bahawa biasanya kejadian seperti ini dapat pulih total selama enam bulan, tetapi ada kes yang jarang terjadi di mana orang yang tuli dan bisu dapat kembali normal seperti semula atas izin Allah SWT, dan kes Syarif merupakan salah satu kesnya.
Dr. Razali juga menjelaskan bahawa kes seperti Syarif ini bukan kes pertama, beberapa waktu yang lalu ada seorang jamaah yang kemana-mana harus mengenakan kacamata namun setelah meminum air zam-zam sewaktu dia menunaikan ibadah haji, dirinya tidak lagi memerlukan kacamata.(fq/imo)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan