Jumaat, Februari 17, 2012

[ gambar ] Inilah Anjing dipanggil jadi saksi di mahkamah pandai ucap 'sama-sama' dalam bahasa anjing

REPUBLIKA.CO.ID,LONDON – Ruang Mahkamah Gloucester riuh seketika oleh gelak tawa hadirin ketika hakim mengucapkan terima kasih kepada seekor anjing polis atas jasanya menangkap seorang pencuri. Sang anjing, yang bernama Shepherd Zak, menyalak-yalak seakan ingin mengucapkan ‘sama-sama’ atas ucapan terima kasih hakim Julian Lambert tersebut.

John Davies, pemuda berusia 35 tahun, dimasukkan ke penjara selama sembilan bulan di Gloucester. Dia terbukti bersalah setelah mengaku cuba mencuri sebuah patung bernilai 3.000 poundsterling di Taman Kota Cheltenham pada bulan Ogos tahun lepas

Sepasang anak muda bersembunyi di semak telah melihat dan menelefon polis untuk memberitahukan aksi kejahatan yang sedang dilakukan oleh Davies. Ketika mengetahui kedatangan polis, lelaki dari Evesham, Worcs, itu langsung melompat pagar untuk melarikan diri. Tetapi, untung ada Zak yang langsung mengejar dan menggigit Davies.

Di ruang sidang Pengadilan Gloucester, peguam pendakwa memberitahu kepada hakim Julian Lambert tentang aksi hero anjing berasal Jerman berusia lapan tahun tersebut. Sambil tersenyum, Lambert memberikan ucapan selamat kepada Zak. “Baik. Saya harap gigitanmu sangat sakit. Bagus, Zak, ” ujar Lambert.

Seisi ruang mahkamah pecah oleh gelak tawa ketika Lambert mengucapkan terima kasih kepada Zak. Pada hadirin yang ada pun semakin riuh ketika Zak menjawab ucapan terima kasih sang hakim dengan gong-gongannya. Guk guk

“Itu gigitan terakhirnya sebelum Zak pencen” kata penjaga Zak. (mirror.co.uk)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k