1) Paris
Gerard Brion menerima cabaran untuk membina model bandar Paris 15 tahun dulu, 18,000 jam dihabiskan untuk membina bandar tersebut di tamannya daripada konkrit terpakai, tin2 makanan dan sebagainya. Sekarang dia boleh berbangga kerana setiap tahun 150,000 pelawat mengunjungi "bandar" ciptaannya dan menikmati 40 monumen Paris terkenal seperti Eiffel Tower pada skala 1:130.
2) Madurodam adalah sebuah bandar di Amsterdam Belanda yang diciptakan dalam bentuk miniature pada skala 1:25.
3) Moscow
Model bandar Moscow ni dicipta pada tahun 1977 oleh 300 orang pekerja sempena 60 tahun Bolshevik Revolution. Diciptakan secara detail untuk menunjukkan pada negara Barat bahawa bandar Rusia lebih maju dan canggih dari diorang. Model nie sekarang dijual pada harga $3 juta, sapa nak beli bleh bagitau Bdk Botak he3.
4) Bandar gula
Meschac Gaba mempunyai impian untuk membuat bandar dari gula dan dia merealisasikan impiannya pada pameran Port City di Liverpool. Dia memenuhi bandar impiannya dengan mercu2 tanda popular seluruh dunia seperti Taj Mahal, Eiffel Tower, Sydney Opera House, London Eye, menara kembar Petronas, the Reichstag, the Empire State Building dan banyak lagi. Bandar nie mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan
5) Bandar Biskut
Bandar Biskut nie dicipta oleh artis China iaitu Song Dong menggunakan beribu-ribu biskut dan manisan. Setelah ia disiapkan, pelanggan-pelanggan boleh menikmati bandar nie, maksudnya boleh makan la, he3.
6) Bandar Origami
Seorang pakar origami dari Jepun menghabiskan masa 4 tahun untuk mencipta bandar origami yang cantik nie. Semua bangunan tersebut dibina 100 peratus dari kertas yang dilekatkan menggunakan gam.
7) Bandar Pecungkil Gigi
Stan Munro membina mercu tanda menarik seluruh dunia menggunakan 6 juta pecungkil gigi dan 170 liter gam dalam ciptaannya. Bandar nie disiapkan dalam masa 6 tahun, lama gak tu kan tapi hasilnya korang boleh tengok kat bawah, cantik kan?
8) Bandar Tokyo
Terletak dalam bangunan Roppongi Hills Mori Tower, satu bandar mini Tokyo dicipta pada skala 1:1000. Setiap bagunan diambil gambar dengan helikopter dan kereta dan digabungkan untuk membina model. Keseluruhan proses mencipta bandar nie ada 14 bulan. Model nie meliputi kawasan dari Yoyogi Park, Shibuya, Azabu, Roppongi, Shinagawa dan pulau buatan manusia Tsukishima dan Kachidoki.
9) Bandar Chongqing, China
Bandar di selatan China niue dibina pada skala 1:750 dan berkeluasan 892 meter persegi. Model nie dipamerkan di dewan perancang banda di Chongqing.
10) Bandar New York dari Stapler
Tiada ulasan:
Catat Ulasan