Jumaat, Februari 17, 2012

[ gambar ] Lelaki gigit sampai mati ular yang gigitnya kerana marah

Ianya tidak pelik jika seekor ular menggigit seorang manusia, tetapi ianya adalah pelik jika seorang manusia menggigit seekor ular kerana membalas dendam.

Seorang tukang kebun, Ramesh Jamda yang bekerja di sebuah taman kerajaan di New Delhi , India, telah digigit oleh seekor ular yang kemudiannya dia membalas dengan menggigit kembali ular tersebut dan menguyah sedikit cebisan daging ular tersebut.

Tukang kebun yang berusia 25 tahun itu terlalu marah dengan ular yang menggigitnya sewaktu dia menjalankan kerja-kerjanya itu.Kerana tidak tahan sakit, lelaki itu menggigit ular yang menyerangnya itu sehingga mati.

"Saya gigit dia kerana itulah cara untuk melawan balik," kata Ramesh.

Menurut akhbar itu, Ramesh telah muntah beberapa kali sebelum pengsan selepas menggigit ular itu.Dia kemudiannya tidak sedarkan diri dan dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Dia telah selamat dari gigitan ular tersebut sebaliknya ular itu telah mati akibat gigitannya.

sumber:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k