Nick Vujicic Lelaki Tanpa Tangan Dan Kaki Kini Sudah Berkahwin.
Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan kini sedang berbulan madu dengan isterinya di Hawaii. Dia pernah mengalami kemurungan yang teruk ketika zaman kanak-kanak akibat kekurangan pada dirinya. Meningkat dewasa dia menunjukkan bahawa dia juga boleh melakukan semua perkara seperti orang normal seperti menulis, menaip, bermain drum dan memberus gigi.Pada tahun 2005 Vujicic telah dicalonkan untuk Anugerah 'Young Australian of the Year'. Dia sekarang menjadi pakar motivasi terkenal disamping penulis yang berjaya.Nick Vujicic dan isterinya Miyahara telah bertunang pada Oktober lepas dan berkahwn pada 10 Februari baru-baru ni di California.Walaupun OKU, tapi dia tak mudah patah semangat. Pastu isteri dia boleh tahan jugak lawanya, bertuah la dia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan