Di bandar Sarajevo terdapat banyak "Bunga Ros Sarajevo." Bunga ros ini tidak boleh dibeli dan to be honest are not really roses. Bunga Ros Sarajevo ialah nama yang diberikan kepada lubang-lubang bekas bedilan mortar pihak Serbia ketika bandar ini dikepong selama lebih 3 tahun. Lubang-lubang ini ditampal dengan resin bewarna merah bagi memperingati mangsa korban akibat bedilan tersebut. Secara purata 329 bedilan mortar dijatuhkan oleh pihak Serb keatas Serbia sepanjang 1,335 hari kepongan dilakukan. Anda boleh melihar beratus-ratus bunga ini disekitar Sarajevo sungguhpun konflik ini sudah berakhir lebih 17 tahun yang lalu.
Seramai 11541 orang awam terbunuh di bandar Sarajevo semasa ianya dikepong. Kebanyakkannya mati akibat letupan mortar dan ada juga yang mati akibat penembak curi. Sungguhpun bunga ros Sarajevo ialah bukti sejarah hitam perang Bosnia, ramai penduduk Sarajevo mahu ianya dihapuskan. Banyak yang sudah diturap selepas pembaik pulihan Sarajevo dilakukan.
Penduduk Sarajevo mahukan bunga ros ini dihapuskan kerana ia kini menjadi tarikan pelancong. Pada pendapat mereka apabila memorial untuk mangsa kekejaman Serbia dijadikan tarikan pelancong, ianya seakan-akan tidak menghormati mangsa peperangan. Ramai juga merasakan ianya seperti melacurkan sejarah hitam mereka semata-mata untuk menarik kedatangan pelancong.
As for me I think they are really beautiful dan powerful. An eternal symbol of life lost and a time where no one cared about what happend to the Bosnians. To those who died in the conflict my prayers are with you. Sudah lebih 20 tahun sejak perang ini meletus. Berapa ramai yang masih ingat?
sumber : Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan