rama-rama pelbagai warna
terbang bebas di taman bunga
menghisap madu mendebunga
menjelma di waktu senja
memikat sekian mata
jangan dilupa si pemangsa
mengintai tanpa leka
menanti saat dan ketika
menyambar si rama-rama
jadi mangsa di tirai senja
ditangisi tiada berguna
melainkan deraian air mata
mengalir ke pipi dada
membasahi kelopak jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan