Hotel Ryugyong ialah sebuah hotel yang dibina Kim Il Sung sebagai bukti Korea Utara lebih bagus dari Korea Selatan. Mula dibina pada tahun 1986 ianya sepatutnya dibuka pada tahun 1989 tetapi selepas mengalami beberapa penangguhan ianya bakal siap menjelang 2012. Ianya bakal dibuka sempena hari jadi Presiden Kekal Abadi Kim Il Sung ke 100.
Hotel Ryugyong sebenarnya ialah projek keegoan kerajaan komunis Korea Utara yang pada ketika itu jeles dengan kejayaan syarikat Korea Selatan SsangYong menyiapkan Hotel Stamford Rafflesdi Singapura pada tahun 1986. Hotel tersebut ialah pemegang rekod hotel tertinggi dunia pada ketika itu.Korea Utara tanpa berfikir panjang membina hotel yang mempunyai ketinggian 105 tingkat ini. Masalahnya pada ketika itu keadaan ekonomi Korea Utara dalam keadaan nazak dan akibatnya pada tahun 1992 pembinaan terhenti. Kesatuan Soviet yang bubar mengejut pada tahun 1991 tidak lagi memberi dana kepada negara "persaudaraan Komunis" mereka. Maka Ryugyong menjadi bisul gergasi yang memalukan Kil Il Sung dan Kim Jong Il. Jika gambar Pyongyang diambil, Ryugyong akan dipadamkan. Sampai begitu sekali.
Pembinaan hanya disambung semula pada tahun 2008 oleh sebuah firma dari Mesir. Julai lalu pemasangan cermin luaran Ryugyong akhirnya siap. Kini tinggal proses menyiapkan bahagian dalaman hotel sebanyak 3000 bilik ini. Apabila siap kelak ia akan menempatkan pusat beli belah, hotel berpusing, kasino dan rumah mandi Jepun. I find this both funny and sad. Funny pasal walaupun negara komunis tegar anti Jepun, Ryogyong masih menempatkan benda yang sangat kapitalis. Sedih kerana diakatakan USD2 billlion dibelanjakan bagi menyiapkan Ryogyong. Ini ialah wang yang sepatutnya diberikana kepada rakyat Korea Utara yang makan tak cukup.
Hotel Ryugyong yang terletak betul-betul di tengah bandar Pyongyang
belum siap sepenuhnya
kalau dh siap pun siapa nak huni..hanya rakyat mereka sendiri..nak tarik pelancong luar pun x boleh pasal negara lain takut nak kerjasama dgn korea utara
BalasPadam