Di Srinagar, Kashmir beberapa orang pelajar tahun ketiga sebuah kolej kejururawatan melakukan demo sebagai bantahan keputusan peperiksaan mereka. Majoriti pelajar tahun ketiga kolej ini gagal dalam peperiksaan yang telh berlangsung. Demo dilakukan sebagai bantahan kerana mereka percaya mereka digagalkan bagi membolehkan pihak kolej menerima bayaran lebih untuk mereka menghadiri semula kelas ulangan. Demo menjadi ganas apabila kumpulan pelajar ini berhasrat menyerbu pejabat sekretariat kolej. Pihak polis segera meleraikan demonstran dengan memukul mereka dan ini mengakibatkan beberapa pelajar cedera. Seramai enam orang pelajar kini ditahan oleh pihak polis kerana menjadi dalang demo jalanan ini. Menarik di sini ialah uniform polis Kashmir yang sangat tradisional.
memang brutal polis india ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan