Ahad, Ogos 16, 2015

wajahmu ku gambarkan di lenaku…..




ku ingin menggambakan wajahmu dan jurang-jurang di dalamnya..ku juga ingin menjelajah mencari dasar dan mata airnya, menguak rahsia di setiap bingkisan rindu dan utuh dinding tebingnya… moga kamu tahu..

aku ingin menggambakan wajahmu dan gunung-gunung harapan

… semakin kudaki semakin sunyi terasa.. semakin jauh menusuki dingin menyesaki angin. malammu mencekat,

ku terus mendekat..terasa berada disampingmu..ku ingin menggambakanr wajahmu dan wajahmu kugambar, di setiap lenaku…


Jumaat, Ogos 14, 2015

Menyingkap : " bandar untuk pasangan kembar" di seluruh dunia



Universiti Texas menganggarkan bahawa 32 daripada setiap 1,000 orang di dunia ini adalah kembar atau 16 pasang pada 1000, yang diterjemahkan kepada 3 peratus daripada jumlah penduduk di dunia kini. Angka ini nampaknya berbeza-beza mengikut wilayah, bangsa dan keturunan. Beberapa kumpulan etnik melahirkan lebih ramai kembar daripada biasa. Lain menghasilkan kurang.

Walaupun penyelidik bersetuju bahawa kembar seiras berlaku secara kebetulan semata-mata, yang mempunyai kembar seiras adalah keturunan. Jika orang lain dalam keluarga anda mempunyai kembar seiras, maka anda lebih cenderung untuk melahirkan kembar seiras. Jika seorang ibu sendiri adalah kembar persaudaraan, peluang untuk hamil kembar meningkat empat kali ganda. Faktor-faktor ini menyebabkan kembar biasanya untuk berjalan dalam keluarga dan dalam kumpulan etnik tertentu secara keseluruhannya. Malah, bangsa dan etnik seolah-olah memainkan peranan utama dalam berkembar. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, kembar yang paling biasa di kalangan Afrika-Amerika (36.8 per 1000) dan kurangnya biasa di Hispanik / Latin Amerika (21.8 1000).



kodinhi-twins-2

pasangan kembar di "bandar kembar" di Kondinhi India



candido-godoi-twins-1


Kadar tertinggi kelahiran kembar telah diperhatikan berlaku di kalangan masyarakat Yoruba di tenggara Nigeria berpusat di sekitar sebuah bandar pertanian dipanggil Igbo-Ora. Sebanyak 45 hingga 50 set kembar dilahirkan di sini pada 1000 kelahiran hidup. Dalam erti kata lain, hampir 10% daripada penduduk adalah kembar. Bilangan luar biasa besar kelahiran kembar di rantau ini telah memperoleh bandar nama samaran "Twin Modal Dunia."

Walaupun tiada siapa yang dapat membuktikan secara perubatan, penyelidikan telah mencadangkan bahawa kelahiran kembar boleh berkaitan dengan tabiat pemakanan wanita di rantau ini. Ada kemungkinan bahawa penggunaan yang tinggi jenis tertentu keladi yang mengandungi bahan kimia semula jadi boleh merangsang ovari untuk melepaskan telur dari setiap sisi. Tetapi, bilangan besar kembar dilahirkan di sini juga boleh menjadi perkara yang mudah genetik.


candido-godoi-twins-3

 Kitana berusia Sepuluh tahun dan Tahuana Schmitt adalah hanya salah satu daripada kira-kira 700 pasangan kembar di bandar 6,600 penduduk


candido-godoi-twins-4

 Mariara berusia 17 tahun dan Maira Kotowski dari Brazil


buzim-twins-2


apa yang pasti kejadian kembar ini adalah bukti jelas kekuasaan Allah SWT..


Perkahwinan ‘Sweet’ Bayu Kumbara Dan Jennifer, Bukti Cinta Tak Kenal Paras Rupa (7 Gambar)





8 Ogos yang lalu adalah detik bahagia bagi seorang lelaki yang bernama Bayu Kumbara, apabila dia berjaya menikahi gadis pilihan hatinya yang berasal dari Britain.Wanita pujaan hati Bayu, Jennifer



Brocklehurst berasal dari Britain, manakala Bayu sendiri adalah seorang warga Indonesia. Bayu merupakan seorang graduan lulusan Antropologi dari Universiti Andalas.

Menurut Jennifer, mereka pertama kali bertemu ketika dia melancong ke Sumatera Januari lalu dan sejak itu mereka saling jatuh cinta.

Jika difikirkan, tiada apa yang luar biasa tentang hal ini. Saban minggu, atau mungkin saban hari ada saja orang yang bernikah dalam dunia ini. Tetapi menurut media Indonesia, perkahwinan pasangan ini jadi topik perbualan hangat kerana Bayu yang berwajah “lucu” dapat memikat gadis mat salleh secantik Jennifer.



Pernikahan itu juga lebih menarik perhatian apabila Jennifer meminta dana secara online di laman tilt.com untuk menampung kos perkahwinannya bersama Bayu.


Jennifer juga berhasrat hendak membeli tiket penerbangan untuk kedua ibu bapanya menggunakan dana tersebut. Dia meletakkan target sebanyak 2,500 pound (RM15,000) tetapi hanya berjaya mengumpul 1,000 pound sahaja.

Tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan itu, walaupun dana tidak mencukupi dan tidak mencapai target.

Laman tilt.com adalah laman di mana anda boleh “meminta dana” dari sesiapa saja untuk tujuan apa pun. Buat masa ini, laman Tilt hanya boleh digunakan oleh warga Amerika, United Kingdom dan Kanada.


Bayu dan Jennifer memuat naik gambar pernikahan mereka dan susulan daripada itu, laman sosial mereka dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan mahupun followers.



Setakat ini, nampaknya Jennifer dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Bayu. Dia malahan telah menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan saudara Bayu di kampung.



Keluarga Jennifer sendiri pun nampaknya menerima perkahwinan tersebut dengan baik, walaupun mereka berbeza budaya, bangsa, dan agama.

Jom lihat 10 Tempat Paling Terlarang Untuk Dimasuki Di Muka Bumi ( 10 gambar)



Tidak banyak yang diketahui oleh orang ramai tentang kewujudan tempat terlarang di muka bumi ini. Bagi sesiapa sahaja yang nekad untuk mencuba masuk, pastinya nyawa mereka bakal menjadi taruhan.


Memetik dari laman pulptastic.com, di bawah adalah senarai 10 tempat paling terlarang di dunia untuk anda lawati.


#10. Pulau Gunung Berapi Surtsey





Surtsey adalah adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di luar pantai selatan Iceland. Ia mula wujud selepas letusan gunung berapi yang bermula pada tahun 1963 dan berakhir pada tahun 1967. 


#9. Mount Weather




Pusat Operasi Kecemasan Cuaca Gunung atau lebih dikenali sebagai ‘Mount Weather’ adalah sebuah pusat dimana tidak ada sesiapa pun orang awam yang boleh melawati tempat ini. Terletak di Virginia Amerika Syarikat. Pusat itu adalah sebagai penempatan semula pegawai peringkat tertinggi tentera jika berlaku bencana alam terbesar negara


#8. Mezhgorye




Mezhgorye adalah sebuah bandar tertutup di Republik Bashkortostan, Russia. Dikatakan bahawa orang-orang yang tinggal di bandar tersebut terlibat dengan bidang pekerjaan yang dirahsiakan sekitar Gunung Yamantaw. Gunung tersebut disyaki menjadi lokasi program nuklear yang merupakan tempat penyimpanan khazanah negara Rusia, sehingga kini kawasan tersebut adalah sulit. Dakwaaan samada wujud loji nuklear benar atau tidak, tiada siapa yang tahu.


#7. Metro-2




Metro-2 adalah sistem bawah tanah rahsia yang tidak asing lagi dengan penduduk Moscow. Ia dibina oleh Joseph stalin dan sehingga kini ada khabar angin mengatakan ia masih dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Rusia.

Terowong Metro-2 berfungsi untuk menghubungkan Kremlin dengan Ibu Pejabat Perkhidmatan Keselamatan Perekutuan Rusia. Ia juga sebagai tambahan lokasi rahsia lain yang amat penting untuk negara pada era pemerintahan Stalin


#6. North Sentinel Island





Sebuah Kepulauan Andaman di Teluk Bengal dimana menempatkan sekumpulan orang asli. Penduduknya dianggarkan berjumlah hampir 400 orang. Puak yang dikenali sebagai Sentinel ini menolak sebarang hubungan dari luar masuk ke dalam masyarakat mereka.

Dan mereka adalah manusia terakhir di muka bumi ini yang tidak mahu menerima ketamadunan moden sehingga kini.

Cubaan sekumpulan pengkaji untuk datang melawat ke kawsan puak ini disambut dengan anak panah dan tombak dan lebih tragik lagi pada tahun 2006 dua orang nelayan mati terbunuh setelah bot mereka terdampar di pulau terebut.


.#5. Arkib Rahsia Vatican




Arkib ini menempatkan sebahagian besar rahsia sulit pemimpin dan Raja Eropah sekitar tahun 1881. Antara yang tersimpan adalah dokumen sulit King Henry VIII dari England.


#4. Pulau Ular, Brazil


Dari namanya sahaja, anda boleh tahu pulau ini merupakan pulau yang sangat berbahaya. Pulau yang terletak di pantai Sao Paolo, Brasil ini menjadi rumah bagi sekitar 4.000 ular paling berbisa di dunia.

Pulau ini dikatakan sebagai satu-satunya habitat untuk ular paling beracun di dunia iaitu Bothrops Insularis. Tidak hanya itu, masih banyak ular berbisa lain yang mendiami pulau bernama Ilha de Queimada Grande .

Pemerintah Brazil pun sudah mengumumkan larangan dari masuk ke pulau itu. Namun masih ada saja yang nekad untuk mencuba masuk masuk, akibatnya ada orang yang dilaporkan hilang ataupun telah meninggal dunia di sana.



#3. Woomera, Australia




Kawasan Woomera merupakan tempat larangan untuk di masuki oleh orang awam. Arahan ini dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Udara Australia. Sebabnya adalah kerana Woomera merupakan kawasan yang digunakan untuk melakukan uji kaji terhadap senjata berbahaya, bermula dari roket sehingga senjata nuklear.

Jadi masuk kawasan ini tanpa kebenaran boleh membunuh anda ketika waktu uji kaji dilakukan. Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pemerintah Australia


# 2. Havenco, England


Tempat yang dibina pada tahun 2000 ini awalnya adalah pusat penyimpanan data, penyedia server internet, dan sehingga proses enkripsi.

Pelanggan HavenCo adalah syarikat yang ingin mengelakkan hukuman kerana laman webnya memiliki kandungan yang berbahaya dan boleh merosakkan seseorang seperti pornografi , spam, dan hacking. Namun, pada tahun 2008, tempat ini telah ditutup setelah berlaku masalah pada sistem operasi utamanya. Tempat ini masih menjadi misteri dan tetap sulit untuk dimasuki oleh orang awam.


#1. Area 51




Negara Amerika sangat terkenal dengan rahsia sulit kerajaan mereka. Termasuklah Area51 yang terletak di Nevada ini. Tujuan utama kawasan ini dibina masih dibincangkan sehingga kini. Khabar angin mengatakan pusat tersebut dicipta untuk membangunkan teknologi rahsia buatan Amerika Syarikat. 

( 5 pics),Kartel Dadah Mexico Guna Meriam - Teknik Baru Seludup Dadah



Memang kreatif kartel dadah ni, dari laluan bawah tanah ke perut burung ke televisyen dan kini pula menggunakan meriam untuk seludup dadah. Mereka akan melepaskan tembakan untuk memastikan dadah yang dimasukkan ke dalam tong akan melepasi sempadan Mexico dan AS di Arizona. Namun beberapa hari lepas, pihak berkuasa berjaya menjumpai 30 tong yang tak berjaya melepasi sempadan itu.






macam-macam hal


Khamis, Ogos 13, 2015

Tanda-tanda kebesaran Allah SWT di bumi






Dalam kehidupan kita sehari-hari, salah satu benda yang kita tak dapat nak nafikan ialah betapa pentingnya "sebuah tanda" kepada kita. Setiap hari kita bertemu dengan pelbagai tanda, paling tidak pun bermacam-macam papan tanda kita temui di sepanjang perjalanan kita ke sekolah contohnya. Ada papan tanda menyuruh kita berhati-hati semasa memandu, ada papan tanda meminta kita berhenti kerana ada simpang di hadapan dan banyak lagi.


Begitulah dengan kehidupan ini, dihujani dengan pelbagai tanda. Kita berada di bumi Allah SWT ini dipenuhi tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Bila kita melihat semua ini pasti bagi yang mengerti akan dapat mengetahui betapa Maha Besarnya rahmat Allah SWT kepada kita. Allah SWT menciptakannya seumpama permadani yang terhampar dan dibentangkannya untuk hamba-hambaNya, dan di dalamnya Allah SWT menyediakan keperluan kita, rezeki, makanan dan keperluan hidup kita


Teringat firman Allah SWT dalam surah Al-Jatsiyah (45) : 3) " Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman". Setiap putaran dan peredaran bumi mengelilingi matahari telah dirancang dengan teliti oleh Allah SWT. khusus untuk kita hambaNya. Dengan jarak 148 juta km jarak matahari jauhnya ke bumi adalah jarak yang sangat sesuai untuk hidupan hidup di muka bumi ini. Untuk mengetahui lebih lanjut kita boleh membaca buku yang berjudul ‘The Fingerprint of God, Recent Scientific Discoveries Reveal The Unmistakable Identitiy of The Creator, salah seorang ahli astronomi Amerika Syarikat yang bernama Hugh Ross yang telah banyak mengupas dari segi sains hal ini. Jarak untuk cahaya matahari sampai ke bumi ialah dalam lingkungan 8 minit, dan jika jarak bumi dari matahari terlalu jauh,bumi akan menjadi beku menyebabkan semua makhluk di bumi tidak dapat hidup, begitu juga jika terlalu dekat jaraknya,bumi akan terlalu panas sehingga dan akan menjadikan bumi ini kontang dan tandus.


Tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang kedua ialah berkaitan dengan graviti bumi. Graviti ialah daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim. Graviti jugalah yang menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya.Daya graviti bumi memang dicipakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah SWT.Graviti permukaan di bumi seringkali dinyatakan sebagai rasio dengan ketentuan yang berlaku di bumi. Jika graviti bumi terlalu kuat, atmosfera bumi akan dipenuhi dengan gas-gas beracun dan jika terlalu lemah pula, bumi akan kehilangan udara sehingga kita tidak mampu hidup di bumi ini.


Atmosfera bumi terdiri daripada nitrogen (78.17%) dan oksigen (20.97%)dengan sedikit argon (0.9%), karbondioksida (variabel, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainnya.Atmosfera bumi melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraviolet dari matahari dan mengurangi suhu ekstrem di antara siang dan malam.


Begitu juga dengan daya tarikan graviti bumi terhadap bulan. Bulan yang ditarik oleh gaya graviti bumi tidak jatuh ke bumi disebabkan oleh gaya sentrifugal yang timbul dari orbit bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal bulan adalah sedikit lebih besar dari gaya tarikan menarik antara graviti bumi dan bulan. Hal ini menyebabkan bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3,8cm/tahun, dan jika graviti bulan ke atas bumi ini terlalu besar, kesan di bumi akan berlakunya pasang surut air laut yang tidak menentu, negara-negara seperti Paksitan, India malah di seluruh dunia akan ditenggelami oleh air laut, dan jika daya graviti bumi ke atas bulan lebih kecil akan memberi kesan kepada orbit bulan dan jika ini berlaku ketidakstabilan bumi dan perubahan iklim yang teruk di bumi.


Bukti kebesaran Allah SWT yang seterusnya ialah lapisan kerak bumi.Kerak bumi adalah lapisan terluar bumi yang terbagi menjadi 2 kategori, iaitu kerak lautan dan kerak benua. Kerak lautan mempunyai ketebalan sekitar 5-10 km, sedangkan kerak benua mempunyai ketebalan sekitar 20-70 km. Penyusun kerak lautan yang utama adalah batuan basalt, sedangkan batuan penyusun kerak benua yang utama adalah granit, yang tidak sepadat batuan basalt. Kerak bumi dan sebahagian mantel bumi membentuk lapisan litosfer dengan ketebalan total kurang lebih 80 km. Jika terlalu tebal kerak bumi, akan memberi kesan ke atas oksigen dan oksigen akan terlepas di atmosfera dan jika kerak bumi terlalu menipis akan memberi kesan kepada aktiviti tektonik dan vulkanik ( gempa bumi akan berlaku setiap hari di seluruh dunia)


Inilah tanda-tanda kebesaran Allah yang membuktikan Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang ke atas ciptaanNya di bumi ini. Kita perlu banyak bersyukur kepada Allah SWT di atas limpah rahmatNya ini. Ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang boleh kita renungkan.Semoga kita beroleh rahmatNya seluas-luasnya...In sha Allah.



Sabtu, Ogos 01, 2015

Panda tipu hamil nak layanan istimewa





Taipei: Seekor panda di sebuah zoo di sini, berpura-pura hamil kerana mahu dipindahkan ke tempat kurungan lebih baik pada musim panas ini.

Yuan Yuan, satu daripada dua panda yang dihadiahkan kepada Taiwan oleh kerajaan China pada 2008 sebelum ini menunjukkan tanda hamil, termasuk hilang selera makan dan rahimnya yang semakin menebal sejak 11 Jun.

Bagaimanapun, pakar panda dari China yang melakukan pemeriksaan ultrabunyi terhadap panda itu mendapati Yuan Yuan tidak hamil, menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.

Panda berusia 11 tahun itu menjalani permanian berhadas pada 26 dan 27 Mac lalu, menurut jurucakap zoo.

Tanda-tanda kehamilan mula hilang dengan tahap selera makan dan tingkah laku Yuan Yuan kembali normal selepas dia ditempatkan di dalam kurungan lebih baik.

Panda yang hamil di zoo itu dipindahkan ke tempat kurungan khas yang dilengkapi pendingin udara, menerima bantuan tambahan ketika makan dan diberi tumpuan sepanjang masa.

Penyelidik percaya Yuan Yuan, selepas meneliti perubahan dalam layanan yang diterimanya ketika hamil pada Julai 2013, menunjukkan tingkah laku serupa ketika hamil supaya dia boleh ditempatkan dalam kurungan berhawa dingin ketika musim panas.

Penyelidik bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan bagaimana rahim Yuan Yuan boleh menebal.
Bagaimanapun, ini bukan kes pertama.

Beberapa bulan lalu, panda bernama Ai Hin memperdaya pegawai di Pusat Kajian Pembiakan Chendu dengan berpura-pura hamil untuk mendapatkan layanan istimewa.

Pegawai sebelum itu merancang mengadakan siaran secara langsung menerusi televisyen untuk menyiarkan saat Ai Hin melahirkan anak. - Agensi

sumber :

klik sini

t

k