Dalam kehidupan kita sehari-hari, salah satu benda yang kita tak dapat nak nafikan ialah betapa pentingnya "sebuah tanda" kepada kita. Setiap hari kita bertemu dengan pelbagai tanda, paling tidak pun bermacam-macam papan tanda kita temui di sepanjang perjalanan kita ke sekolah contohnya. Ada papan tanda menyuruh kita berhati-hati semasa memandu, ada papan tanda meminta kita berhenti kerana ada simpang di hadapan dan banyak lagi.
Begitulah dengan kehidupan ini, dihujani dengan pelbagai tanda. Kita berada di bumi Allah SWT ini dipenuhi tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Bila kita melihat semua ini pasti bagi yang mengerti akan dapat mengetahui betapa Maha Besarnya rahmat Allah SWT kepada kita. Allah SWT menciptakannya seumpama permadani yang terhampar dan dibentangkannya untuk hamba-hambaNya, dan di dalamnya Allah SWT menyediakan keperluan kita, rezeki, makanan dan keperluan hidup kita
Teringat firman Allah SWT dalam surah Al-Jatsiyah (45) : 3) " Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman". Setiap putaran dan peredaran bumi mengelilingi matahari telah dirancang dengan teliti oleh Allah SWT. khusus untuk kita hambaNya. Dengan jarak 148 juta km jarak matahari jauhnya ke bumi adalah jarak yang sangat sesuai untuk hidupan hidup di muka bumi ini. Untuk mengetahui lebih lanjut kita boleh membaca buku yang berjudul ‘The Fingerprint of God, Recent Scientific Discoveries Reveal The Unmistakable Identitiy of The Creator, salah seorang ahli astronomi Amerika Syarikat yang bernama Hugh Ross yang telah banyak mengupas dari segi sains hal ini. Jarak untuk cahaya matahari sampai ke bumi ialah dalam lingkungan 8 minit, dan jika jarak bumi dari matahari terlalu jauh,bumi akan menjadi beku menyebabkan semua makhluk di bumi tidak dapat hidup, begitu juga jika terlalu dekat jaraknya,bumi akan terlalu panas sehingga dan akan menjadikan bumi ini kontang dan tandus.
Tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang kedua ialah berkaitan dengan graviti bumi. Graviti ialah daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim. Graviti jugalah yang menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya.Daya graviti bumi memang dicipakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah SWT.Graviti permukaan di bumi seringkali dinyatakan sebagai rasio dengan ketentuan yang berlaku di bumi. Jika graviti bumi terlalu kuat, atmosfera bumi akan dipenuhi dengan gas-gas beracun dan jika terlalu lemah pula, bumi akan kehilangan udara sehingga kita tidak mampu hidup di bumi ini.
Atmosfera bumi terdiri daripada nitrogen (78.17%) dan oksigen (20.97%)dengan sedikit argon (0.9%), karbondioksida (variabel, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainnya.Atmosfera bumi melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinar ultraviolet dari matahari dan mengurangi suhu ekstrem di antara siang dan malam.
Begitu juga dengan daya tarikan graviti bumi terhadap bulan. Bulan yang ditarik oleh gaya graviti bumi tidak jatuh ke bumi disebabkan oleh gaya sentrifugal yang timbul dari orbit bulan mengelilingi bumi. Besarnya gaya sentrifugal bulan adalah sedikit lebih besar dari gaya tarikan menarik antara graviti bumi dan bulan. Hal ini menyebabkan bulan semakin menjauh dari bumi dengan kecepatan sekitar 3,8cm/tahun, dan jika graviti bulan ke atas bumi ini terlalu besar, kesan di bumi akan berlakunya pasang surut air laut yang tidak menentu, negara-negara seperti Paksitan, India malah di seluruh dunia akan ditenggelami oleh air laut, dan jika daya graviti bumi ke atas bulan lebih kecil akan memberi kesan kepada orbit bulan dan jika ini berlaku ketidakstabilan bumi dan perubahan iklim yang teruk di bumi.
Bukti kebesaran Allah SWT yang seterusnya ialah lapisan kerak bumi.Kerak bumi adalah lapisan terluar bumi yang terbagi menjadi 2 kategori, iaitu kerak lautan dan kerak benua. Kerak lautan mempunyai ketebalan sekitar 5-10 km, sedangkan kerak benua mempunyai ketebalan sekitar 20-70 km. Penyusun kerak lautan yang utama adalah batuan basalt, sedangkan batuan penyusun kerak benua yang utama adalah granit, yang tidak sepadat batuan basalt. Kerak bumi dan sebahagian mantel bumi membentuk lapisan litosfer dengan ketebalan total kurang lebih 80 km. Jika terlalu tebal kerak bumi, akan memberi kesan ke atas oksigen dan oksigen akan terlepas di atmosfera dan jika kerak bumi terlalu menipis akan memberi kesan kepada aktiviti tektonik dan vulkanik ( gempa bumi akan berlaku setiap hari di seluruh dunia)
Inilah tanda-tanda kebesaran Allah yang membuktikan Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang ke atas ciptaanNya di bumi ini. Kita perlu banyak bersyukur kepada Allah SWT di atas limpah rahmatNya ini. Ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang boleh kita renungkan.Semoga kita beroleh rahmatNya seluas-luasnya...In sha Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan