Rabu, Jun 29, 2011

Pegang Watak SUU KYI, Michelle Yeoh DIHARAMKAN Masuk Myanmar Seumur Hidup

Michelle Yeoh sebagai Aung San Suu Kyi dan David Thewlis sebagai suaminya, Michael Aris



Michelle Yeoh (kiri) dan ikon demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi



YANGON - Bintang Hollywood Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem yang akan datang, telah dihantar pulang oleh Myanmar dan disenaraihitamkan, menurut laporan AFP.

"Dia tidak mempunyai peluang untuk memasuki Myanmar lagi. Dia terus pulang dengan penerbangan pertama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon," kata seorang pegawai Myanmar kepada AFP.

Seorang lagi pegawai lain berkata pelakon wanita itu kini telah disenarai hitam tetapi dia tidak memberikan sebarang sebab.

Gadis Bond kelahiran Ipoh itu telah bertemu dengan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi di rumahnya di Yangon pada Disember lalu selepas melakonkan adegan tembak menembak di Thailand.

Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Suu Kyi dibebaskan pada November lalu selepas tujuh tahun dikenakan hukuman sebagai tahanan di rumah, kurang daripada seminggu selepas pilihan raya dimana ramai pengkritik berkata langkah itu penuh kepura-puraan dan bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan tentera bertopengkan seorang awam di Myanmar.

Pada tahun 1990 parti Liga Demokrasi Negara pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimen tetapi tidak pernah diiktiraf oleh pemerintah tentera Myanmar.

Yeoh, 48, bekas Miss Malaysia, mula terkenal di peringkat antarabangsa selepas ia berlakon bersama dengan Pierce Brosnan pada tahun 1997 dalam filem James Bond "Tomorrow Never Dies".

Dia juga membintangi dalam produksi Ang Lee "Crouching Tiger, Hidden Dragon" dan "Memoirs of A Geisha"berdasarkan novel terlaris karya Arthur Golden.


abg nik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k