Khamis, April 19, 2012

[ cool ] Jom Lihat Kereta Alfa Romeo Aerodinamica Spider yang sungguh cool.. (9 Gambar)




Alfa Romeo Aerodinamica Spider mungkin bukan sebuah kereta yang pernah anda lihat. Kemungkinan hari ini baru pertama kali anda mendengar namanya. Namum Alfa Romeo Aerodinamica Spider ialah sebuah kereta yang bertanggungjawab mempelopori konfigurasi pemandu berada ditengah-tengah ruang memandu 50 tahun sebelum McLaren F1 membuatkannya popular. Kereta ini direka pada tahun 1934 sebagai sebuah prototaip. Pada ketika itu Alfa Romeo menghadapi cabaran daripada Mercedes Benz dan Auto Union dalam penghasilan kereta lumba yang berkuasa tinggi.

Kemuculan dua pengeluar kereta dari Jerman ini menggugat posisi Alfa Romeo yang sebelum ini memegang gelaran pengeluar kereta lumba terbaik dunia. Pada masa yang sama Bennito Mussolini tidak mahu ITALIAN PRIDE kalah kepada German Engineering Supremecy. Walaupun kedua-dua negara AXIS ini bersekutu, masih terdapat rivalry negara FASIS manakah yang lebih superior. Pihak Alfa Romeo menghasilkan kereta berenjin tengah ini secara rahsia. Malang bagi Alfa Romeo ketika dalam proses pembinaan dan pengujian perang dunia kedua meletus. Kereta inipun disimpan oleh pembinanya di Fiume., Yugoslavia yang pada ketika itu dibawah kawasan takluk Itali.

Selepas perang dua orang pembinanya terperangkap didalam negara komunis Yugoslavia. Pada tahun 1946 kereta ini dilarikan ke sempadan Itali dan selepas beberapa kali bertukar tangan akhirnya dibaik pulih pada tahun 2008. Ianya satu-satunya prototaip Alfa Romeo Aerodinamica Spider yang wujud. Kereta ini walaupun sudah berumur lebih 80 tahun masih kelihatan cool. What do you guys think! The Godfather of central driving position!

sumber : Klik Sini























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k