Ahad, Disember 02, 2012

[ 13 gambar ] Malaysia ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki




Mohd Aidil Zafuan berjaya mendapatkan bole di kaki pemain Indonesia, Samsul Arif



Gaya Azammuddi Akil selepas menjaringkan gol pertama malam ini.

Malaysia v Indonesia - AFF Suzuki Cup

Gerakan dari Wan Zack Haikal inilah yg melorongkan kepada Mahali Jasuli untuk gol ke 2 Malaysia


Mahali Jasuli merayakan gol ke 2 Malaysia malam ini

Mahalli Jasuli

Mahali Jasuli merayakan saat beliau menjaringkan gol kedua Malaysia malam ini


penjaga gol Malaysia Farizal Marlias berjaya menangkap kemas bola wp diasak oleh pemain Indonesia

PEMAIN negara, Azamuddin Mohd Akil (kiri) bersaing dengan  Elie Aiboy dalam saingan di Stadium Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Pemain Malaysia, Azammudin Akil dengan gaya yg tersendiri

Malaysia 2 Indonesia 0
Kemenangan bergaya Malaysia selepas berjaya tewasakan Indonesia dalam Pertandingan Pila AFF Suzuki malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini



Andik Vermansyah menutup mukanya selepas Malaysia menang 2-0 dengan Indonesia malam ini



Elie Aiboy (pemain Indonesia) mebawa bola sambil diasak oleh Azammuddin Akil -penjaring gol pertama Malaysia

harimau malaya

Pemain Harimau Malaya menyampaikan penghargaan kpd penonton yang memberikan sokongan padu pada pasukan Harimau Malaya malam ini

Harimau Malaya

sokongan yg tak berbelah bahagi buat pasukan negara



Jelas kekecewaan terpancar di raut penyokong2 Indonesia selepas Indonesia dikalahkan Malaysia 2-0 malam ini


MALAYSIA layak ke separuh akhir dengan mengatasi Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Skuad kebangsaan mendahului Indonesia 2-0 pada separuh masa pertama. Gol Malaysia dijaringkan oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27, sebelum Mahala Jasuli menggegarkan stadium dengan gol kedua pada minit ke-30.
Meskipun Malaysia mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong yang membanjiri stadium malam ini, Harimau Malaya tidak mempamerkan aksi garang pada babak awal perlawanan apabila Indonesia terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah menerusi Vendry.
Pun begitu, rembatan kencang Rendry berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.
Selang satu minit kemudian, sekali lagi peluang Indonesia untuk menjaringkan gol. Percubaan Samsul tersasar.
Susulan asakan pasukan pelawat, Malaysia mula mengatur gerakan menarik. Safee Sali tidak berjaya menanduk masuk hantaran dari sepakan sudut pada minit ke-23.
Selepas itu, penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila tendangan Azamuddin berjaya menewaskan penjaga Indonesia, Wahyu Tri Nugroho untuk meletakkan di depan pada minit ke-27.
Selang tiga minit kemudiaan, kealpaan benteng pertahanan Indonesia akhirnya mengundang padah apabila Malaysia berjaya meledak gol kedua menerusi Mahali pada minit ke-30, sekali gus menggegarkan stadium dengan nyanyian kata-kata semangat.
Bersambung babak kedua, Indonesia mula beraksi garang apabila pergerakkan cantik Andik nyaris membolosi gawang.
Percubaannya ditangkap kemas oleh Farizal.
Selepas itu, giliran Malaysia melakukan asakan, tetapi tandukan Safee hasil hantaran Zubir sekali lagi tidak menepati sasaran pada minit ke-51.
Indonesia tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, Pun begitu gagal membolosi gawang lawan dan akhirnya terpaksa akur apabila misi mereka untuk menempah tiket ke separuh akhir musnah.



Susunan Pemain
Malaysia:
 1-Mohd Farizal Marlias; 2-Mahali Jasuli, 27-Mohd Fadhli Mohd Shas, 6-Mohd Zubir Azmi, 7-Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 8-Mohd Safiq Rahim (Kapten), 17-Mohd Azamuddin Md Akil, 18-Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat 37), 25-Wan Zack Haikal Wan Nor, 9-Norshahrul Idlan Talaha, 10-Mohd Safee Mohd Sali.

Indonesia: 12-Wahyu Tri Nugroho; 4-Novan Setya Sasongko, 3-Raphael Guillerm Maitimo, 6-Fachruddin, 4-Nopendi, 28-Oktovianus Maniani, 26-Vendy Mofu, 8-Elie Aiboy (Andik 34), 7-Taufiq; 10-Irfan Bachdim, 9-Samsul Arif.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k