Lazimnya, sesuatu kawasan yang ingin dibangunkan sebagai taman bunga, perlu mempunyai keluasan tanah yang besar dan sesuai..Namun, di Oregon, Amerika Syarikat, terdapat sebuah taman bunga yang tidak perlu mempunyai kriteria tersebut bagi memegang gelaran sebagai sebuah taman bunga, malah apa yang unik nya, taman tersebut telah diiktiraf sebagai taman bunga terkecil di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Mill Ends Park yang terletak di pusat bandar Oregon, Amerika Syarikat merupakan sebuah taman bunga terkecil yang telah dibangunkan pada sambutan Hari St. Patrick tahun 1948.
Dengan ukuran bulatan hanya sebesar 2 kaki (0.61 meter) dan jumlah keluasan sebanyak 452 meter persegi (0.292 m), ia telah mendapat pengiktirafan dari pihak Guiness World Record sebagai "taman terkecil di dunia."
Mengikut sejarah asalnya, tapak taman tersebut (bulatan 2 kaki tersebut) telah dirancang untuk diletakkan sebatang tiang lampu pada tahun 1948, namun telah ditukar menjadi taman oleh Dick Fagan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan