Ian Usher, yang pernah menjadi sensasi internet di Australia selepas menjual semua harta bendanya melalui eBay sehingga dia tinggal sehelai sepinggang akibat kecewa ditinggalkan isteri, akhirnya menemui semula cinta baru .Bukan itu sahaja, malah Usher juga memiliki sebuah pulau di Caribbean.
Menceritakan semula pengalaman hidupnya, Usher berkata, apabila isterinya, Laura meninggalkannya selepas enam tahun mereka berhijrah dari Britain ke Australia seluruh hidupnya kosong dan menjadi tunggang langgang.
Dia kemudiannya melelong semua harta bendanya termasuk rumahnya yang berharga £192,000, kereta, motosikal dan jet ski.Selepas itu dia tidak lagi menoleh ke belakang dan memulakan hidup baru dengan mengembara ke seluruh dunia dengan berbekalkan senarai-senarai perkara yang ingin dilakukannya.
Dalam masa 100 minggu, dia berjaya melakukan 93 daripada 100 perkara termasuk belajar bahasa Perancis, belajar menerbangkan pesawat dan menjadi pelakon sambilan untuk filem Hollywood.
“Namun pengalaman paling menarik ialah berenang bersebelahan dengan ikan paus di Jepun, menunggang kerbau dan menunggang motosikal di Wall of Death,’’ katanya.
Sepanjang pengembaraannya itu, dia telah membuka sebuah laman web untuk pengembara sepertinya yang kecewa dalam hidup.Dia juga menulis blog mengenai pengalamannya dan berjaya menerbitkan sebuah buku `A Life Sold’.
Sebelum duitnya habis, dia telah membeli sebuah pulau seluas 2.2 ekar di Panama dan turut membina sebuah rumah di situ.Ketika dia berusaha mencapai impiannya itu, Usher juga menemui cinta baru, iaitu sesuatu yang tidak termasuk dalam 100 senarai yang ingin dilakukannya.Tambah menarik, Hollywood juga berminat untuk memfilemkan kisah hidupnya daripada seorang lelaki yang dikecewakan isteri dan hidup sehelai sepinggang, kehidupannya kini berubah.
Usher memberitahu, dia tidak pernah menyesal walau seminitnya pun dengan keputusan yang dilakukannya.
“Kehidupan selepas perceraian itu lebih menakjudkan dan saya amat gembira sekarang kerana dapat berkongsi kehidupan yang penuh mencabar ini dengan pasangan saya,’’ katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan