Di Israel seorang anak gadis berumur 8 tahun diludahi golongan Yahudi fanatik kerana tidak menutup aurat. Naama Margoles sedang dalam perjalanan ke sekolah apabila bertembung dengan sekumpulan lelaki Yahudi Ortodoks di bandar Beit Shemesh berhampiran Juruselem. Ibu kepada Naama juga berkata selain diludah anak beliau juga dimaki sebagai seorang pelacur dan anak haram oleh kumpulan yang sama. Golongan Yahudi Ortodok ini juga memaksa Naama memakai pakaian mazhad Heredi. Wanita Yahudi Heredim memakai pakaian serba hitam , berskirt panjang, baju lengan panjang serta memakai penutup kepala bagi "menutup aurat".
Akibat dari insiden ini Presiden Netanyahu melabel golongan extremis ini sebagai pengganas dan mengarahkan pasukan polis melakukan rondaan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku. Insiden ini adalah insiden terbaru yang melibatkan golongan Yahudi Ortodoks yang mahukan Israel mengamalkan kerajaan Yahudi sebenar. Mereka mahu wanita Yahudi Israel menutup aurat disamping meminta ada pemisahan antara mereka yang bukan muhrim. Antara kemahuan mereka ialah laluan berbeza bagi mereka yang berbeza jantina di Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan