Isnin, Mei 07, 2012

[ LOL ] Gambar Suami Menyamar Menjadi Perempuan berjaya meloloskan diri keluar dari penjara di Brazil



Inilah Ronaldo Silva (39) ialah seorang banduan yang dipenjara di Penedo Prison , Brazil, sementara menanti dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengedar dadah. beliau berjaya melarikan diri dari penjara setelah menyamar menjadi seorang wanita. Ronaldo menyuruh isteri beliau untuk menyeludup masuk baju, pakaian dalam, kasut tinggi, pewarna kuku dan rambut palsu untuk digunakan beliau. 

Yang menariknya taktik beliau berjaya mempedayakan pegawai penjara. Walaubagaimanapun beliau ditahan sejam kemudian oleh seorang Polis yang meragui tindak tanduknya. Menurut laporan media Ronaldo yang tidak biasa berjalan dengan tumit tinggi dan berjalan terhoyong hayang. Melihat keanehan ini si Polis menahan beliau dan terkejut apabila mendapati beliau seorang lelaki.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k