Rabu, Mei 16, 2012

[ sadis ] Kereta Ferrari Melanggar Teksi Di Singapura : 3 Maut (14 Gambar dan Video ]



Ini mungkin berita slowpoke tetapi aku mesti post berita kejadian Sabtu yang lalu kerana footej dan gambar yang sangat mengerikan. Sebuah kereta Ferrari 599 GTO melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah teksi di Singapura. Tiga orang terbunuh iaitu pemandu Ferrari Ma Chi (31) warga China, pemandu teksi Cheng Teck Hock (52) dan penumpang teksi Shigemi Ito (20-an). Dua orang mangsa lagi iaitu penumpang Ferrari dan seorang penunggang motosikal cedera teruk tetapi dilaporkan stabil.

Kejadian berlaku di persimpangan Jalan Rochor dan Victoria pada jam 4 pagi. Impak dari kemalangan sangat kuat sehingga enjin teksi tercampak sejauh 30 meter! Kemalangan ini mengakibatkan kemarahan rakyat Singapura dan menaikkan sentimen anti pendatang China yang memang sudah lama terbuku. Sementara itu isteri pemandu Ferrari terkejut apabila mendengar berita kematian suami beliau dan mahu mengetahui siapakah wanita yang menjadi penumpang kereta Ferrari beliau. Oh tahukah anda Ferrari 599 GTO ialah sebuah kereta edisi terhap dengan hanya 599 buah dibina oleh syarikat pengeluar kereta dari Marinello Itali.

Condolences kepada keluarga mangsa dan diharap pemandu gila seperti Ma Chi tidak naik keutara dan memandu dengan bahaya seperti video dibawah.

Amaran : Video kemalangan mungkin terlalu grafik kepada mereka yang 2" dan belum akil baligh.










Lap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k