Sabtu, September 01, 2012

[ 15 gambar ] Sekitar sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 55 semalam di Dataran Merdeka




TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah bersama Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir (barisan depan) Muhyiddin Yassin (tiga kiri), Dr. Mahathir Mohamad (kiri), Hishammuddin Hussein (dua kanan) dan Dr. Rais Yatim (dua kiri).






SAMBUTAN Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka. 



ACARA perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka.



ASKAR Tentera Melayu melepaskan 14 das tembakan meriam sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur



ANTARA acara yang diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang berlangsung di Dataran Merdeka


ANTARA acara yang diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


GELAGAT orang ramai yang hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpu



KHAIRIL Roy Azuan, 30, bersama isterinya, Norliza Ishak, 28, bergambar bersama anak kembarnya yang memakai baju Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-55









.

Veteren Perang yg memperjuangkan negara

Youths performing on jumping stilts in front of the King, Queen and the Prime Minister at the VIP stage, while others wave the Jalur Gemilang. The Prime Minister and his wife also took to the stage to join the crowd in singing patriotic songs, while Malaysia’s iconic stars of the Upin and Ipin series added to the celebratory mood.



KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 rakyat negara ini yang turut disertai pelancong asing membanjiri Dataran Merdeka di sini, bagi menyaksikan perarakan besar-besaran sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat nasional, semalam.

Perayaan tahun ini lebih bermakna dan meriah kerana sambutan itu penuh semangat membabitkan segenap lapisan rakyat berbilang kaum dan agama sejajar tema utama ‘1Malaysia Janji Ditepati’.


Malah, acara perbarisan cukup meriah dengan penyertaan lebih 14,000 peserta khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, selaku pengerusi jawatankuasa sambutan Hari Kemerdekaan serta isteri, Datin Seri Masnah Rais.


Orang ramai mula berpusu-pusu ke Dataran Merdeka seawal jam 6 pagi bagi mengelak kesesakan di samping mencari lokasi strategik bagi melihat lebih dekat majlis perbarisan berkenaan.


Acara diteruskan dengan Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia.


Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti dengan laungan “Daulat Tuanku“ sebanyak tiga kali sebelum upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu ‘Negaraku’ dan tembakan meriam 14 das.

Ia disusuli bacaan ikrar Rukun Negara oleh 55 peserta yang mewakili pelajar dan guru, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan, badan berkanun serta orang kurang upaya dengan berpakaian pelbagai kaum sebagai simbolik sebelum melaungkan Merdeka! tujuh kali dan ‘Janji Ditepati’ sebanyak tiga kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k