Jumaat, September 07, 2012
Fakta korea utara yang jarang kita tahu
Mungkin terlalu sedikit yang diketahui oleh dunia luar tentang kehidupan masyarakat di negara Republik Rakyat Demokratik Korea Utara. Seperti negara penganut ideologi komunis lain, negara Korea Utara ini pun cenderung menutup pintu terhadap dunia antarabangsa. Ini jelas jauh berbeza dengan saudaranya yang berada di selatan, Korea Selatan.
Meskipun selalu tersembunyi dari dari liputan dunia, tetapi sesetengah orang berjaya mendapatkan maklumat secara langsung tentang kehidupan masyarakat di Korea Utara. Salah seorang insan yang berjaya mencungkil rahsia Korea Utara adalah Ian Scot, seorang blogger yang berasal dari England yang berjaya menyusup masuk dan tinggal di Korea utara
Ada beberapa fakta unik dan aneh tentang kehidupan masyarakat di Korea Utara yang mungkin jarang diketahui oleh dunia luar. Bagi Ian Scot sendiri, fakta-fakta itu cukup membuatkannya terkejut. Perkara – perkara unik dan aneh di Korea Utara itu dipaparkan dibawah.
Di Korea Utara Tiada Orang Yang Bersiul
Masyarakat Korea Utara yang tidak boleh bersiul kerana bersiul adalah hal yang dianggap tabu di negara itu.
Tidak Boleh Menulis Menggunakan Dakwat Berwarna Merah
Dakwat merah di Korea Utara hanya boleh digunakan untuk menulis nama-nama orang yang sudah meninggal dunia
Ada saluran TV yang khusus menayangkan permainan Video Game
Ada sebuah saluran televisyen yang khusus menyiarkan sebuah permainan yang disebut dengan nama “Paduk” iaitu sebuah permainan yang mirip permainan catur. Selain itu ada saluran TV yang lain hanya menayangkan kegiatan para remaja bermain video game.
Tayangan iklan di TV lebih lama
Di Malaysia mahupun di negara lainnya, tempoh tayangan iklan di TV adalah lebih sedikit berbanding dengan tempoh rancangan utama. Tapi di Korea Utara adalah sebaliknya, tayangan komersial (iklan) adalah lebih panjang sehingga rancangan utamanya terasa hanya sebagai selingan.
Negara Dengan Banyak Loudspeaker
Hampir di sepanjang jalan terdapat banyak pembesar suara dengan volume maksimum mengiklankan berbagai produk dagangan. Dari bawang sehingga produk komputer.
Tidak Menggunakan Pisau
Di Korea Utara, tiada orang menggunakan pisau untuk memotong makanan seperti mi, sayuran, daging, dan sebagainya. Mereka menggunakan gunting panjang. Penggunaan gunting itu dapat dilihat semasa waktu makan di semua restoran di negara itu.
Tiada Kereta Buatan Jepun
Korea Utara menjadi satu-satunya negara yang tidak memiliki kereta buatan Jepun dan juga kereta buatan negara lain. Semua kereta harus buatan Korea Utara.
Nombor-Nombor Rumah Yang Membingungkan
Di banyak negara , penomboran rumah sebagai alamat biasanya dilakukan dengan urutan. Jika rumah anda bernombor 27 maka rumah di sebelah akan bernombor 28. Tetapi penomboran rumah secara berurutan seperti itu tidak berlaku di Korea Utara.
Rumah bernombor 1 adalah bersebelahan dengan rumah dengan nombor 88, sementara rumah dengan nombor 2 adalah berada di hujung jalan. Di Korea Utara, penomboran rumah adalah disesuaikan dengan usia rumah tersebut.
Rumah yang berusia paling tua yang terletak di sebuah jalan maka rumah itu akan diberi nombor 1. Rumah dengan nomor 2 adalah rumah yang dibina selepas rumah yang bernombor 1 tadi. Begitulah seterusnya.
North Korean Trafic Lady
Istilah Trafic Lady hanya ada di Korea Utara, khususnya di kota Pyongyang. Ini adalah kerana tiada lampu lalu-lintas (traffic light) di jalan kota itu sehinggakan di setiap persimpangan di tempatkan polis yang biasanya seorang wanita untuk mengganti tugas lampu lalu-lintas di jalan tersebut
Hari Minggu Dilarang Keluar
Setiap hari Minggu di Pyongyang, ibukota Korea Utara, kereta dilarang keluar ke jalan, hanya kenderaan tentera dan pegawai pemerintah yang dibenarkan. Alasannya adalah untuk mencegah pencemaran! Jalan raya (highway) di Korea Utara juga sangat lebar dan sepi sehingga pesawat boleh mendarat dijalan itu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan