Rabu, September 12, 2012

Fasha Sandha kongsi saat-saat manis bakal bergelar ibu





Fasha Sandha 
Fasha Sandha bahagia bersama suami tercinta Rizal Ashram Ramli atau Jejai
Fasha Sandha 
Wajah terbaru Fasha yang sedang hamil 3 bulan.
Fasha Sandha 
Fasha memohon maaf kepada suami tercinta.
Jika dulu, si jelita ini sering dihimpit kontroversi, namun kini tiada kata yang mampu diungkapkan bagi menggambarkan kebahagiaan yang sedang dialaminya. Apatah lagi, ikatan perkahwinan yang terbina sejak empat bulan lalu bakal diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata!
Kongsi saat-saat manis bakal bergelar ibu
Sebelum ini, ada sahaja cerita kontroversi yang dikaitkan dengan aktres, Fasha Sandha, 28, sehingga sedikit sebanyak menjejaskan nama baiknya. Sedar privasi hidupnya tidak akan sama seperti orang lain, Fasha tekad untuk meredah apa sahaja halangan yang tiba.
Namun kini, segala cerita kontroversi itu bagai berlalu begitu sahaja.   
Lebih manis, dia kini melalui detik-detik bahagia, bukan sahaja bersama suami tercinta, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, bahkan bersama bayi dalam kandungannya.
Syawal tahun ini juga, membuka lembaran baru dalam hidup Fasha apabila berpeluang beraya bersama keluarga mentua, sekali gus menepis segala omongan jahat pihak lain yang mengatakan Fasha dibenci keluarga mentua.
Enggan membicarakan kisah peribadinya, Fasha mengakui semakin bahagia dengan kehidupannya kini. Teruja dengan kehamilan pertamanya yang sudah mencecah usia tiga bulan, pelakon kelahiran Pulau Mutiara ini banyak berkongsi pengalaman manisnya berbadan dua. 
"Kalau muntah pagi-pagi itu dah perkara biasa. Tetapi sekarang saya alah pada ubat gigi.
"Memang tak tahan rasanya, tetapi saya terpaksa bertahan. Kalau tidak, saya rasa tak selesa tak gosok gigi,” ujarnya yang kelihatan semakin berseri-seri. Jika sesetengah wanita hamil ada kisah mengidam, namun berbeza pula dengan aktres cantik ini. Jelas Fasha, sepanjang kehamilan, suaminya pula yang mengidam pelik-pelik.
“Saya rasa lucu pula bila suami yang mengidam nak makan macam-macam. Rasa macam dia pula yang hamil," kata Fasha sambil ketawa kecil.
Masih aktif berlakon
Sudah sebati dengan lakonan, Fasha masih menerima tawaran lakonan meskipun sedang hamil. Drama terbarunya, Runtun Qalbu bakal menemui peminat di slot Zehra, jam 9 malam di TV3, bermula 21 September depan.
Membintangi drama itu di samping Kamal Adli, Scha AlYahya dan Fida Ibrahim, Fasha berkata, selepas ini dia akan berehat sebelum kembali berlakon November ini.  
“Buat masa ini, saya perlu berehat. Sekarang saya sudah berasa cepat penat.
"Tetapi sebelum cuti bersalin, saya akan menjayakan sebuah drama, Janji Shirah, untuk TV3. 
"Insya-ALLAH bila semua dah kembali normal, saya akan aktif berlakon semula," kata Fasha.
Bercerita lanjut mengenai drama Runtun Qalbu, Fasha berkata, dia tetap teruja dapat membintangi drama arahan daripada pengarah muda, Khalid Nadzri yang juga merupakan adik kepada pengarah terkenal, Ahmad Idham.
"Drama ini juga merupakan gandingan pertama saya bersama Kamal. Pada saya, dia pelakon yang sangat bagus dan mampu pergi ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Setia temani suami
Dalam perkembangan lain, Fasha kini lebih selesa mengikuti Jejai ke mana sahaja meskipun terpaksa berpanas di trek perlumbaan.
Menurut Fasha, dia akan mengikuti suami berlepas ke Guandong, China bagi kejohanan seterusnya.
Jejai baru-baru ini telah mengharumkan nama negara apabila menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi dua perlumbaan di kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang diadakan pada 18 dan 19 Ogos lalu.
Pemandu daripada pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia itu menewaskan 18 pelumba lain dari seluruh Asia untuk memenangi perlumbaan yang diadakan di Ordos, China itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k