Sabtu, September 08, 2012

GAMBAR: Pelajar Chile Berdemo Bawa Pensil





Pelajar-pelajar di Chile pernah membuat reformasi di negara mereka pada bulan April lalu kerana menolak cara kerajaan mereka menguruskan sistem pendidikan di negara itu.

Antara tuntutan mereka adalah menuntut kerajaan mereka meningkatkan kualiti tenaga pengajar para pelajar, menurunkan yuran kolej yang terlalu tinggi, menggesa pihak bank menurunkan kadar pinjaman bunga yang tinggi dan meminta tahap pendidikan mereka ditingkatkan.

Setelah reformasi selesai diadakan bulan April, hingga kini kerajaan mereka langsung tidak melakukan apa-apa tindakan.

Jadi, pada 28 Ogos lalu, sekumpulan pelajar telah melakukan reformasi sekali lagi.

Kali ini, mereka melakukan perhimpunan tanda protes dengan membawa replika pensil yang besar dan memohon agar kerajaan mendengar tuntutan mereka.

Akibat dari tindakan mereka yang ganas, himpunan itu berakhir dengan keganasan apabila pihak keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air kerana tindakan ganas yang dilakukan oleh para pelajar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k