Bagi kerusi biasa yang sering digunakan, ia memerlukan 4 batang kaki kerusi bagi menyokong berat badan mereka yang duduk di atas kerusi tersebut..Namun, bagi kerusi yang direka oleh Duffy London, ia hanya memerlukan 2 batang kaki kerusi sahaja bagi menyokong berat badan seseorang itu yang duduk di atas kerusi..Apa yang menghairankan, kenapa kerusi ini dinamakan sebagai Kerusi Bayang-Bayang? Kalau nak tahu sebabnya, silakah lihat gambar-gambar di bawah
Duffy London merupakan pakar dalam menghasilkan beberapa jenis perabot asli seperti yang pernah ditunjukkan dahulu iaitu Swing Table dan Woodsman Axe Coffee Table. Kerusi Bayang-Bayang ini pada awalnya kelihatan seperti sebuah kerusi yang menentang hukum graviti iaitu mampu berdiri tegak dengan hanya menggunakan 2 batang kaki kerusi di bahagian hadapan.
Setelah diteliti, anda akan menyedari bahawa bayang-bayang yang terletak di bahagian bawah kerusi tersebut merupakan sebahagian daripada kerusi itu sendiri. Kerusi ini boleh didapati dalam pelbagai gaya dan warna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan