Kelantan hanya mampu seri 1-1 dengan Brunei dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Beraksi dalam keadaan padang basah, The Red Warriors dilihat lebih menguasai perlawanan apabila banyak melakukan serangan kearah pintu gol pasukan pelawat.
Walaupun menurunkan barisan pemain simpanan, Kelantan tetap mengancam dengan beberapa asakan menarik bermula seawal minit pertama.
Brunei yang sekali sekala melakukan asakan melakukan satu percubaan meliar melalui Muhamad Julremi pada minit ke-6.
Tiga minit selepas itu giliran Keita Mandjou mencemaskan benteng Brunei dengan satu sepakan kencang.
Pada minit ke-17, Kelantan seharusnya didepan tetapi percubaan Ramzul Zahini Adenan dari jarak dekat hanya menyinggahi tiang biarpun hanya berhadapan dengan Mohd Fakhrul Zulhasmi.
Ramzul bagaimanapun menebus kehampaan itu dengan satu lorongan cantik untuk Danny Antwi melakukan "first timer" menewaskan penjaga gol Brunei pada minit ke-21.
Selang dua minit selepas itu, Ramzul sekali lagi melepaskan peluang keemasan mengukuhkan kedudukan setelah sepakan lemah dari jarak dekat mudah ditepis penjaga gol.
Tidak tertekan dengan asakan tuan rumah, Brunei mengatur satu serangan balas dan berhasil menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-28 melalui pemain pertahanan, Mohd Azri Zahari setelah pemain ini menyambung masuk percubaan awal yang dilakukan oleh Mohd Nazib Tarif.
Percubaan leret Khairul Izuan Rosli pada minit ke-35 menutup tirai separuh masa dengan kedudukan terikat 1-1.
Bersambung babak kedua, penyerang import Kelantan, Danny Antwi gagal melakukan penyudah tepat biarpun mendapat dua peluang didepan gawang pada minit ke-52 dan 61.
Gerakan yang dilakukan Keita Mandjou juga mudah disekat selain satu percubaan Rizal Fahmi tidak menepati sasaran.
Brunei yang dilihat sering menyerap asakan bagaimanapun hampir menghukum kelalaian barisan pertahanan Kelantan pada minit ke-69 tetapi Shahrizan Ismail berjaya menampan sepakan deras dari luar kotak penalti Mohamad Julremi.
Usaha Kelantan untuk menambah jaringan semakin membara apabila pengendali pasukan, Bojan Hodak melakukan empat pertukaran memasukkan pemain utama pada penghujung perlawanan.
Satu-satunya peluang terbaik untuk jaringan kemenangan dinafikan Mohd Fakhrul Zulhasmi setelah menepis keluar sepakan percuma Mohd Badri Radzi pada minit ke-90.
Kelantan : Bojan Hodak
Shahrizan Ismail (Gk) (Syazwan Yusoff), Ramzul Zahini (Aris Zaidi), Rizal Fahmi (kp) (Mohd Asif), Keita Mandjou (Afiq), Mohd Aslam, Mafry Balang (Badri Radzi), Mijo Dadic, Emmanuel Okinne, Danny Antwi (Norfarhan), Khairul Izuan Rosli (Nurul Azwan) dan Faizol Nazlin (Tuan Faim).
Brunei : Kwon Oh Son
Mohd Fakhrul (Gk), Hj Mohd Yusoff, Muhamad Afi, Mohd Azri, Reduan Hj. Petara, Md Aminuddin (Md Amir Ajmal), Md Nurikwan, Mohd Hendra (Mohamad Maududi), Md Nazib (Kp), Md Julremi dan Hamizan Aziz.
sumber:
http://www.redsfcnews.net/2012/09/laporan-perlawanan-persahabatan-brunei.html
sumber:
http://www.redsfcnews.net/2012/09/laporan-perlawanan-persahabatan-brunei.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan