Isnin, September 10, 2012
seandainya kamu isteriku..
…. dan dimalam pertama itu aku akan berwuduk bersama mu, sujud pada yang memberi rahmat.
Bersimpuh bersamamu dalam curahan kasih sayangNya. Dan dikesyahduan malam itu kita berdoa dan munajat kesyukuran tanda bermulanya kehidupan baru dua susuk tubuh kita yang sama cinta dan cita untuk membina madrasah dakwah yang akan diisi dengan cinta dan api perjuangan.
Alangkah indah malam ini dindaku!
Setelah kita lalui onak dan sembilu jalan serta menahan perasaan rindu sebelumnya, akhirnya kebenaran cinta itu diizinkan Allah dan di raikan bagai mempelai langit yang ditaburi bintang yang menebar ketenangan dan kedamaian.
Bintang bintang itu seolah olah menggoyangkan pelupuk matanya agar tenggelam dan membiarkan kita berdua berkongsi alam semesta ini. Mematri rindu dan berkongsi kesyaduan kasih yang telah terperam lama dihati kita.
Akan ku kucup ubun ubunmu dindaku mengambil sunnah Nabiku dan ku letakkan telapak tangan ku di ubun kepala mu lantas aku berdoa agar dikau akan jadi bidadari dan peneman hidupku dalam perjuangan ini.
Aku bisikan pada Allah semuga Dia memberikan sakinah warahmah dalam bahtera perjuangan kita.
Aku tak tahu, apakah perasaanmu tika itu?
Tapi akan kulafazkan perkataan yang selama ini kusembunyikan dari mu bahawa ” Aku mencintaimu“.
Mencintaimu sebelum engkau mengenal aku.
Dindaku,
….akan ku renung matamu sepuasnya dikejernihan wajahmu yang bagai salju itu, dan akan ku minta bai’ah dari mu, supaya kau taatkan aku selagimana aku taatkan Allah.
Akan ku minta darimu agar kau bantu aku dalam kelemahan dan kedaifanku.
Akan ku minta janji dari mu agar kau sentiasa bersama ku dijalan Allah ini. Didalam perjuangan ini dalam susah dan senang.
Akan ku minta janjimu agar kita dapat melaksanakan taklif rabbani ini bersama tanpa ada mujadalah dikemudian hari.
Dindaku,
aku berjanji pada mu dengan nama Allah bahawa aku akan menjagamu sekudratku.
Akan ku jalankan tanggungjawabku sedayaku.
Dan akan kucurahkan sepenuhnya kasih sayangku padamu seikhlasnya agar kau dapat rasai betapa manisnya cintaku yang akan aku baja bersamaku.
Dindaku,
Akan ku isi malam ini dengan bercerita denganmu tentang diri ku.
Kehidupan lalu ku.
Perjuanganku sebelumnya!
Harapan ku agar kau mengerti bahawa aku bukan sahaja milikmu tapi milik umat ini.
Dikemudian hari, aku tidak mahu ada kekhilafan antara ini yang akan membuka ruang ruang syaitan untuk berkongsi cinta dan merobohkan kasih sayang kita.
Dindaku,
akan kuceritakan juga kelemahan kelemahan ku sejujurnya pada mu kerana saat ini kau adalah sebahagian dari jasad dan jiwaku.
Berkewajipan bagi mu menutup aib aib ku.
Membantu aku dalam memperbaiki kualiti syaksiyahku.
Akan ku sembunyikan kelebihan kelebihan ku agar engkau dapat rasa syukur memiliki aku dan agar aku tidak bersifat riya’ dan sum’ah denganmu.
Dindaku,
akan ku minta kau menceritakan perihal dirimu.
kemahuanmu dan cita citamu terhadap diriku.
Supaya aku dapat menyempurnakan hajat hajat mu, cita citamu agar kasih sayang ini mewangi selalu …
Dindaku,
akan kuceritakan padamu impianku untuk melahirkan rijal rijal dari rahimmu yang akan mewarisi darah perjuangan kita supaya apa yang telah kita lalui ini tidak akan putus selamanya …
Dindaku,
ketahuilah bahawa aku bukan sahaja ingin hidup dan menongkah badai dakwah dan bahtera rumahtangga bersamamu didunia ini sahaja tetapi aku ingin hidup bersamamu diAkhirat.
Dialam abadi menghirup aroma syurga, bermandi embun embun kasturi, bermain burung burung hijau meneguk rahmat Allah dan berpelukan bersama melihat wajah Allah yang teramat nikmat itu seperti yang telah dijanjikan bagi setiap hambaNya yang berjuang diatas jalannya …
Itulah janjiku dindaku, seandainya aku suamimu!
Pastinya aku akan terus sabar menantimu dengan penuh keresahan. Takut takdir sekali lagi menguji aku …..
dan sekiranya takdir meragut cinta ku …dan penantian mengkhianati aku,
aku juga akan terus bersabar dan terus berjalan menyusuri perjuangan yang masih panjang ini sekalipun aku kempunan untuk memilikimu yang amat aku cinta. Cinta yang datang melalui ruh dan dakwah ini kerana Allah semata. Dan aku tahu sebagai manusia aku akan kecewa. Teramat kecewa pabila kamu dimiliki oleh selain aku.
Sesungguhnya aku pasrah dinda ku,
meski pun hatiku tidak keruan kerana takut kehilanganmu namun akidah ku mengajarku untuk bertawakkal pada Tuhan ku dan kiranya kita tidak ditakdirkan aku amat mengharapkan bidadari ku diakhirat nanti akan merupakan wajahnya seperti wajahmu. Wajah yang putih kejernihan itu sebagai pengantimu!
Memang aku amat teruja untuk menikmati kelembutan wajahmu!
Wajah perjuangan yang telah meragut hati ku biarpun tidak pernah sekaliipun kita bertemu didunia ini melainkan aku selalu memimpikan mu dalam tidurku dan wajahmu yang sarat dengan lelah perjuangan itulah yang telah membuatkan aku terkulai lemah lalu tersungkur dipintu cintamu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
t
k
Tiada ulasan:
Catat Ulasan