Sabtu, September 15, 2012

Tahniah kepada Kelantan Kerana layak ke suku akhir Piala Malaysia



Gergasi Pantai Timur, Kelantan mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia musim ini selepas mencipta kemenangan bergaya ke atas musuh tradisi, Terengganu, 6-1 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.. Kemenangan ini sudah saya menjangkakan kerana moral pemain-pemain Terengganu pastinya sudah jatuh dengan pelbagai masalah yang melanda skuad Terengganu seperti isu moral dua pemainnya dan isu penjaga gol yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Saya sungguh gembira di atas kemenangan ini yang disifatkan yang terbesar pernah dicatat Kelantan ke atas negeri berjiran itu dalam tempoh tiga tahun sejak 2009. Beraksi di hadapan lebih 30,000 penonton di gelanggang sendiri, Kelantan bagai dirasuk apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu.

Gol semangat yang dicari tuan rumah akhirnya menjelma pada minit ke-13 menerusi pemain sama apabila pemain pinjaman dari Kuala Lumpur itu bijak menyudahkan hantaran silang Mohd Nurul Azwan Roya sekali gus menebus kegagalannya pada minit sebelumnya. Gol tersebut memberi kegembiraan kepada seluruh penyokong The Red Worrior smalam tadi

Gol tersebut tidak menyentap semangat juang Terengganu apabila turut melancarkan serangan ke kubu pasukan Kelantan menerusi rangkaian jentera serangan diketuai Abdul Hadi Yahaya, namun berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Pada minit ke-16 Kelantan hampir menambah jaringan menerusi tandukan Indra Putra Mahayuddin, tetapi penjaga garisan terlebih dahulu mengesan beliau dalam kedudukan off side.

Biarpun ketika Kelantan dilihat lebih menguasai permainan, Terengganu tetap enggan menyerah kalah apabila Abdul Hadi terus mara membuat cubaan ke arah pintu gol Kelantan pada minit ke-28, bagaimanapun, mudah diselamatkan penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau panggilan mesranya Apek

Pada minit ke-29, giliran Mohd Norfarhan Muhammad menambah jaringan skuad The Red Warriors hasil tandukan ke belakang oleh Indra Putra sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah sehingga berakhir babak pertama.

Dua minit separuh masa kedua bermula, Kelantan terus ghairah menambah jaringan apabila Mohd Norfarhan sekali lagi meledakkan gol ketiga tuan rumah.

Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol, pun begitu, banyak kali tendangan pemain kontroversi, Ismail Faruqi Asha’ri terus ke dalam dakapan Khairul Fahmi.

Gol keempat tuan rumah terhasil pada minit ke-76 menerusi tandukan tipis Ketua Pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi yang menerima bola dari pemain pertahanan import dari Nigeria, Obinna Nwaneri.

Kemasukan pemain gantian, Hasmizan Kamarodin memecah kebuntuan skuad bimbingan Peter Butle apabila pemain berjersi nombor 13 itu mudah menjaringkan gol hasil hantaran Abdul Hadi pada minit ke-78.

Gol itu bagaimanapun seolah-olah tidak bermakna lagi apabila Kelantan terus berpesta gol menerusi jaringan Mohd Badhri minit ke-81.

Anak-anak buah Bojan Hodak menutup tirai perlawanan malam tadi dengan gol keenam menerusi Indra Putra pada minit ke-84.

Kesebelasan utama

Kelantan: Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Shakir Shaari (Zairul Fitree Ishak), Mohd Norfarhan Muhammad (Khairul Izwan Rosli), Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Badhri Mohd Radzi (KP), Khairul Fahmi Che Mat, Mafry Balang, Muhammad Afiq Azmi (Norshahrul Idlan Talaha)

Terengganu: Erison Da Silva, Ismail Faruqi Asha’ri, Abdul Manaf Mamat, Joseph Kalang Tie, Abdul Hadi Yahaya, Marlizam Mohamad, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Ahmad Nordin Alias, Abdul Shukur Jusoh (Mohd Fakrurazi Musa), Mohd Faizal Muhamad (KP) (Hasmizan Kamarodin), Mohd Shamirza Yusoff (Mohd Saifuddin Mokhtar)



 Piala Malaysia: TRW bergaya ke suku akhir

Aksi penyerang Kelantan, Norfarhan Muhammad dan pertahanan Terengganu, Erison Da Silva dalam pertemuan keduadua pasukan malam tadi.

 Piala Malaysia: TRW bergaya ke suku akhir

Penyerang Kelantan, Mohd.Afiq dan pemain gantian Terengganu, Hasmizan Kamarodin berusaha untuk merebut bola dalam pertemuan kedua-dua pasukan malam tadi.


penyerang Kelantan, Norfarhan Muhammad mengawal bola sambil dikekang oleh pertahanan Terengganu


Aksi Daudsu, Piya dan Indera selepas menjaringkan gol yg ke 6 malam tadi


Indera memang legend




Pemain Kelantan, Mohd Afiq (kiri) dikawal ketat oleh pemain Terengganu dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam tad



Reaksi gembira pemain Kelantan, Mohd Afiq selepas berjaya menjaringkan gol pertama untuk pasukannya, malam tadi



Piya dengan aksi yg menarik berjoget selepas menjaringkan gol malam tadi


Penyokong Kelantan meraikan gol kelima Kelantan hasil jaringan Mohd Badhri Radzi dalam pertemuan dengan Terengganu bekesudahan Kelantan menang besar 6-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada 14 September 2012 dalam saingan Piala Malaysia 2012.

Penyokong Kelantan yg sungguh fanatik


GAYA BARU! Kapten Kelantan menarik perhatian peminat The Red Warriors dengan aksi beliau meraikan gol gaya ala 'Gangnam Style' sambil diperhatikan Norfarhan



suasana di dalam stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi
Kemenangan Kelatan menjadi tajuk besar di dlm Sinar Harian hari ini







Keputusan penuh dan kedudukan pasukan dalam carta liga



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k