Khamis, Ogos 27, 2015

Tazkirah Malam : Berapakah nilai Isteri di mata seorang suami.?


Assalamualaikum… Tazkirah malam ini saya akan mengupas " berapakah nilai seorang isteri di mata suami..tajuk yang boleh dikatakan berat juga ini..

” Berapakah nilai Isteri di mata seorang suami…Ya Allah Tidak Terhitung..” harap mendapat sedikit menafaat ..insyaAllah. betapa besarnya jasa2 seorang isteri pada si suami…tu pun seandainya suami melihat dengan mata hati…bukan dengan mata emosi…silap sikit mahu diceraikan si isteri……

Dalam Islam, wanita sebagai isteri mempunyai hak mendapat nafkah zahir dan batin. Isteri tak diwajibkan bekerja mencari nafkah. Kalaupun dia mempunyai harta atau bekerja, maka hartanya tidak boleh dimakan oleh suami tanpa kerelaanya. Isteri bukan hamba kepada suami. Kalau suami mahu menggaji seorang isteri, berapa agaknya nilai yang mesti dibayar?

Berapakah harganya makanan yg sedap? Berapakah harganya layanan yang memuaskan dari segi seksual ataupun makan minum dan pakai, yang perlu dibayar suami? Berapa harganya penjagaan anak-anak, didikan dan asuhan?

Kalau isteri, ajar semua sekali dengan cara sembahyang, mengajar anak2 hingga mengenal ayat-ayat Al-Quran hingga khatam al-quran, berapa pula nilai harga yang suami patut bayar pada isteri? Harga merawat suami dan anak-anak yang demam kerana terkena hujan petang semalam berapa pula harganya..?. Kalua mengaji jururwat swasta satu jam kena bayar RM 200. Kena suami dan anak2 demam seminggu dah lebih RM 1000 kan.

Apakah nilai upah untuk mengandungkan anak dan melahirkan anak? Upah untuk menghantar nyawa di hujung kerongkong ketika meneran dan menumpahkan darah, berapa pula nilainya? suami boleh bayar ke? Aduhai suami yang beriman, tak akan dapat dihitung harga pengorbanan isteri.Tak semua suami yang sedar akan pengorbanan isteri. Lebih2 lagi isteri yg tak bekerja jadi korban keegoan suami.

” dah la tak bekerja..asyik nak menyusahkan saja..” begitulah kalau menggunakan temperamen emosi sebagai cara mendirikan rumahtangga. Seorang isteri bukanlah malaikat yg sentiasa perfect dalam segala-galanya. Disebabkan kelemahan2 yg begitulah si isteri memerlukan suami di sisi. Tak mungkin ada isteri yang hebat segala-galanya. mana adakan superwomwn atau istilahnya kan?. Semua tu karut. Begitu pula suami perlukan khidmat isteri untuk menolong menyempurnakan apa saja yang tak ada pada dirinya. Kalau suami kurang sifat lemah lembut dan sabar, maka si isteri yang akan melengkapkan semua kekurangan suami itu. Begitulah sebaliknya jika si isteri kurang sifat cekalnya maka suamilah berperanan memberi rangsangan dan semangat kepada isteri.

orang kata…” duit adalah segalanya di dunia ini? betul ke.?” ada juga benarnya pendapat spt ini. Nak sedekah pun kena ada duit. Duit yang berkat akan menjdikan kita lebih takutkan Allah SWT. Bersyukur ketika kita mendapatkannya dan redha jika hilang di tangan kita. Kalau duit yang menyebabkan rumahtangga hancur, itu dinamakan duit panas yang tak berkat..minta dijauhkan..Sebagai seorang isteri..anda sangat berharga..tiada nilainya jika nak dibandingkan dgn wang ringgit berjuta sekalipun. Tunjukkan lah maruah anda dengan kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Di sisi Rasulullah SAW, ada Saidatina Khadijah RA bukan hanya menyayangi Rasulullah SAW, memberinya anak-anak yang ramai, bahkan memberi sumber kewangan bagi menolong dakwah baginda.

wasalam..

1 ulasan:

t

k