Khamis, Jun 23, 2011

Malaysia Tewasakan Lubnan. 2-1...Syabas Malaysia...

PEMAIN negara, Mohamad Fadhli Mohd Shah (kiri) diasak dua pemain Lubnan pada saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini


Detik-Detik Jaringan Cantik Wan Zack Haikal


Malam ini Malaysia mencatat sejarah yang cukup manis apabila anak buah Ong Kim Swie, layak ke pusingan kedua dalam pertandingan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 di London apabila pasukan Malaysia berjaya menewasakan Lubnan dengan keputusan muktamad 2-1.

Pasukan Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke 8, menerusi Mohd.Irfan Fazali apabila sepakan cantik beliau mencecah jaring menggamatkan penyokong2 Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Manakala gol ke dua Malaysia pula dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor dalam minit ke 41, kira-kira 4 minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil lorongan cantik daripada Gary Steven Robbart.

Separuh masa ke dua pula, Lubnan berjaya merapatkan jaringan gol, apabila Chadie Atie berjaya menewaskan Khairul Fahmi dalam minit yang ke 84.

Kejayaaan ini cukup manis apabila Malaysia berjaya memenangi perlawanan ini walaupun hanya bermain dengan 10 pemain apabila Gary Steven Robbart dilayangkan kad merah apabila beliau mengutip kada kuning ke 2 selepas mengasari pemain Lubnan.

Syabas Malaysia......




1 ulasan:

  1. secara jujur nye admin tabik spring gak kat gary steven robart....walaupon dye kene kad merah...dye lah yg merencanakan gol kedua malaysia...pastu dye betol2 bertungkus lumus menjaga bahagian pertahanan...bg defensive midfelder dye memang kene men lasak...untuk mengimbangi perlawanan...mybe takde luck tu sebab dye kene kad merah... ape2 pon dye jugak layak diangkat sebagai wira...sekian... azrin

    BalasPadam

t

k