Rabu, November 14, 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H..








Assalamualaikum wbt.

Sempena sambutan Maal Hijrah 1434H yang disambut bermula malam ini, saya ingin merakamkan ucapan Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut Awal Muharam 1434H kepada semua sahabat2 saya, para blogger, anak-anak murid saya, rakan2 facebook saya..semoga dirahmati Allah SWT juga hendaknya..

Bertunjangkan sambutan Maal Hijrah ini, marilah sama-sama kita menghayati erti sebenar hijrah sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Di dalam sebuah hadis Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (Kota Mekah), melainkan jihad dan niat." (Riwayat Al-Bukhari).

Pengertian di dalam hadis ini amat panjang untuk dibicarakan. Namun begitu, sebagai manusia yang punya akal, kita diberi kesempatan untuk mengambil iktibar daripada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah kepada kita. Peristiwa hijrah bukan sekadar direnung dari sudut perjalanan Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah sahaja, malah lebih luas dari itu.

Justeru itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri dengan sebaik-baik penilaian. Adakah kita telah berhijrah mengikut apa yang disyariatkan kepada kita. Saban tahun inilah mujahadah yang perlu kita lakukan. Hijrahlah dalam erti kata sebenar sebagi seorang Muslim yang beriman. InsyaAllah tahun 1434H ini menjadi titik tolak perjalanan kita menuju Ilahi.

2 ulasan:

  1. Selamat menyambut Maal Hijrah. Moga kita akan diberi ketatapan iman untuk meneruskan hidup ini... Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum....

      selamaat menyambut maal hijrah juga dari saya....moga sentisa dlm rahmat Allah SWT juga...Aamin...!

      Padam

t

k