Isnin, November 26, 2012

Singa membaham Harimau malam ini..Malaysia kalah 3-0


AFF Suzuki Cup: Malaysia 0 Singapore 3

Singapura tanpa diduga oleh ramai pihak menang dengan Malaysia malam ini, bukan satu gol tambah mengejutkan dengan tiga gol kosong..sungguh mengejutkan sekali..Kesemua gol terhasil akibat kealpaan di bahagian pertahanan yg gagal menyekat pihak lawan daripada mengasak bertubi2 dan gol yg kedua adalah betul-betul kesilapan pengjaga gol yg gagal menumbuk kemas untuk keluarkan bola dari kawasan bahaya sebelum di tanduk masuk oleh penyerang Singapura Shahril Ishak dalam ke 32 dan minit ke 40 separuh masa pertama.dan gol ke tiga dijaringkan oleh Aleksandar Duric [ free header] selepas hantaran cantik yang dilambung oleh Shahdan Sulaiman dalam minit ke 75.Di sinilah kealpaan di bahagian pertahanan kerana tidak ada seorang pun pemain pertahahan yg mencabar tandukan Duric.

Kekalahan yg sungguh memalukan ini semoga memberi kesedaran buat jurulatih Malaysia, Datuk Rajagobal..sungguh banyak kelemahan yg perlu diperbetulkan..di bahagian tengah langsung dikuasai oleh pemain Singapura, penyerang Singapura secara bersahaja berjaya mengucar kacirkan pertahanan Malaysia dan seterusnya dihukum dengan kekalahan 3-0.Semua pecaturan tidak menjadi malam ini walaupun 40,000 penyokong setia membanjiri Stadium Nasioal Bukit Jalil malam ini. Malaysia akan bertemu dengan Loas pada Rabu (28/11/2012) misi wajib menang seandainya mahu melangkah ke peringkat seterusnya..dan Indonesia akan bertemu dgn Singapura di hari yang sama.


p/s : tak rasa kecewa sangat sebab dah tahu akan kalah..!!

4 ulasan:

  1. harimau malaya 3 point sudah melayang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. en.cool,

      itulah yg sungguh mengecewakan jutaan rakyat Malaysia..main di bumi Malaysia sendiri, pertahanan lemah, bahagian tengah tidak ada ada idea untuk mencorakkan serangan, serngan tumpul, penjaga gol buat silap...inilah yg jadi jika asyik mahu bereksperimen..

      Padam
  2. hehehe , CP pown tak tgk , actualy pihak u CP siap ade buat program g tgk bola nih beramai2 , free lak tuh , tp tak ade rezeki nak pergi :P

    kerja banyak , but berbaloi gk tak pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. cp.. elok tak perlu pergi..pergi tengok kalah buat apa..
      tengok di tv pun dah ok.

      Padam

t

k