Selasa, Julai 31, 2012

Jom Lihat Bahtera Nabi Noh Dibuka Di Belanda (18 Gambar)




Manusia menunjukkan keimanan mereka melalui pelbagai cara. Ada yang sanggup menjual semua harta duniawi mereka dan menyerahkan segalanya kepada agama. Ada juga yang sanggup menggangkat kavadi pada hari Thaipusam sebagai tanda keimanan kepada Dewa Muruga.

Johan Huibers (61) yang berasal dari Belanda membina bukan sebuah, tetapi dua buah replika Bahtera Nabi Noh sebagai tanda keimanan beliau kepada agama Kristian. Menuruh Johan beliau bermimpi Belanda dilanda bah besar pada tahun 1992. Beliau mentafsirkan mimpi ini sebagai petanda banjir besar akan berlaku sekali lagi. Setelah mengumpulkan wang sendiri dan mengutip derma, sebuah replika kecil berjaya dibina pada tahun 2005. Pada tahun 2009 Johan Huibers mula membina replika Bahtera Nabi Nuh pada skala sebenar mengikut ukuran yang diberikan oleh kitab Injil. Replika terkini ini mempunyai panjang 135 meter, lebar 30 meter lebar dan 25 meter tinggi. Johan Huiber membelanjakan sebanyak USD 1.6 Juta (Rm 5 juta) dan tanggal 9 Julai yang lalu replika kedua ini akhirnya dibuka kepada orang ramai. Ia mampu memuatkan 3000 orang pada satu-satu masa. Jika anda melawat replika bahtera ini anda boleh melihat video berkenaan banjir besar dan juga melihat replika binatang yang dibuat dari gentian kaca.

Arc Van Noach dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari 9 pagi sehingga 6 petang. Bayaran masuk ialah Euro 12.50 (RM 47) untuk orang dewasa dan Euro 7.50 (Rm28) untuk kanak-kanak.
















Manchester City outplay Tigers for 3-1 win


image



KUALA LUMPUR: Malaysia’s young Harimau Malaya team put up a stout performance against a flamboyant Manchester City side albeit a 3-1 defeat at the National Stadium in Bukit Jalil on Monday.
Datuk K Rajagopal’s boys were able to hold their own against the Premier League champions in the first half, limiting the scoreline to just one goal.
But the visitors did not give the Malaysians time to settle down as play resumed, scoring twice inside the first 10 minutes.
As expected, Roberto Mancini’s side controlled the second half and entertained the 45,000 crowd with some typical premier league football.
City’s goals came from Sergio Aguero, Carlos Tevez and Adam Johnson. Azamuddin Akil replied in the 87th minute by collecting a through ball and beating a defender before pushing it pass the goalkeeper.


[Pelik] Kura-Kura yang berumur 90 Tahun Akhirnya Lahirkan Anak Yang Comel







NEW SOUTH WALES – Setelah berusia 90 tahun, seekor kura-kura Galapagos betina melahirkan seekor bayi kura-kura yang sangat comel diberi nama NJ.

Uniknya, kerana si ibu sudah berumur uzur, sehingga ternampak perbezaan ukuran tubuh ibu dengan anaknya, NJ. Tubuh ibu kura-kura ini ukurannya 3000 kali lebih besar dari bayi comel NJ hanya berat 87 gram, sedangkan si ibu 256 kilogram

Menurut penjaga NJ dan ibunnya di kebun binatang Taronga Western Plains Zoo, New South Wales, Australia, NJ baru akan dapat menyamai besar ibunya setelah NJ berusia 30 tahun.

Kura-kura Galapagos dapat hidup hingga 100 sampai 150 tahun, kiranya NJ membesar menjadi besar ketika umur kita sudah habis. Walaupun begitu, di usia ke-30 NJ akan sudah mulai terlihat besar, ujar Jennifer Conaghan, penjaga NJ dan ibunya.

NJ sendiri belum diketahui berjenis kelamin jantan atau betina, oleh karenanya kura-kura mungil ini diberi nama universal, NJ. Demikian laporr Daily Mail

Kehadiran NJ pun telah lama dinantikan oleh pihak kebun binatang setelah sekian kali mencoba mengembang biakkan kura-kura berjenis Galapagos ini. Akhirnya setelah melakukan beragam cara, lahirlah NJ.Perkembangan NJ pun begitu diperhatikan.

Kita sangat berhati-hati semasa memberi makanan untuk NJ. Kura-kura Garapagos yang kami miliki responsif terhadap warna-warna cerah, bunga dan buah dapat dimakannya, seperti mawar, kembang sepatu, anggur dan semangka,kata Jennifer menerangkan










[ Brutal ] Gambar orang makan mayat di China [ 15 gambar ]








sekali imbas tak ada apa yang pelik berlaku



tetapi mereka ini sedang menunggu untuk makan mayat ni...lama dah tak makan daging ni





perut mayat ini dipotong, sedikit demi sedikit



tangan, kaki dipotong



















Isnin, Julai 30, 2012

Nota Perogol Untuk Suami Mangsa






KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.


Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.


Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.


“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.


Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.


“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.







[ Ya Allah ] Jom Lihat Pemandangan Indah Di Dalam Gunung Berapi [ 5 gambar ]


Lurie Belegurschi adalah seorang jurugambar telah menuruni di dalam sebuah gunung berapi di Thrihnukagikur, Iceland. Keberanian beliau sangat mengejutkan ramai pihak selepas beliau berjaya merakamkamkan gambar-gambar yang sungguh indah dan cantik sekali..

Ya Allah..











[ cool ] Inilah Baru Dipanggil CICAK MAN yang sebenar-benarnya



Ni ade 1 kisah pasal seorang pemuda di India... Lelaki ni semakin hari semakin dikenali di seluruh dunia... bukan sebab kehenseman beliau... atau bukan sebab scandle beliau dengan artis bollywood tapi disebabkan hobi beliau yang pelik..Lelaki berusia 21 tahun ni memiliki hobi unik iaitu suka main dengan cicak... dan sebab tu la orang2 kampung die gelarkan mamat ni "lizard boy"... haa... ni baru real cicak man....











Gambar yang paling memberi keinsafan pada saya




Saat orang ramai sedang berbuka puasa di Makkah,. kelihatan anak sedang menyuap nasi ke mulut ayahnya yang sakit...bertuahnya si ayah dapat memiliki anak yang sungguh berbudi perkeri ini..

Melihat gambar ini..hati saya sungguh tersentuh..semoga Allah SWT menjanjikan syurga kepada anak yang soleh ini...



Sejarah Tauke Kurma Malaysia : Yusof Taiyoob { 4 gambar ]


Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk






Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.



Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’









Negeri Kelantan Darul Naim: Mari Kenali Dengan Lebih Dekat Negeri Saya: Belajar Loghat Kelantan





             Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang 
                                        juga Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini
                                                [ SULTAN YANG BERJIWA RAKYAT]



              Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang 
                                            juga Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini












Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang sangat mengambil berat terhadap rakyatnya....



5038436957 218f063089 (Video) Sultan Muhamammad ke V   Kelantan
                Sultan Muhammad ke-V [ Tengku Muhammad Faris Petra ibn Sultan Ismail Putra] yang juga   Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini

              Sultan Muhammad ke-V yang juga Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia kini


Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Bendera Negeri Kelantan
Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.


Jata Negeri Kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"



Bahagian berwarna Hijau Negeri Kelantan Darul Naim


Berikut dinyatakan salasilah sultan-sultan yang pernah bertaktha di Kelantan.

1. Raja Kumar ( 1411-1418M)

2. Sultan Iskandar ( 1418-1465M)

3. Sultan Mansor Syah ( 1465-1526M)

4. Sultan Gombak ( 1526-1584M)

5. Sultan Ahmad ( 1584-1588M)

6. Sultan Husin ( 1588-1610M)

7. Cik Siti Wan Kembang ( 1610-1663M)

8. Raja Loyar ( 1663-1649M)

9. Raja Umar ( 1675-1719M)

10. Long Besar atau Long Bahar ( 1719-1733M)

11. Long Sulaiman ( 1733-1756M)

12. Long Pendek ( 1756-1758M)

13. Long Muhammad ( 1758-1762M)

14. Long Gaffar ( 1762-1775M)

15. Long Yunus ( 1775-1794M)

16. Sultan Muhammad ( 1794-1839M)

17. Sultan Muhamad II atau Sultan Muhamad Mulut Merah( 1839-1886m)

18. Sultan Muhammad III ( 1886-1900M)

19. Sultan Muhammad Ke IV- ( Long Senik b.Long Kundur) ( 1900-1920M)

20. Sultan Ismail (1920-1944M)

21. Sultan Ibrahim Petra ( 1944-1960M)

22. Sultan Yahya Petra ( 1960-1979M)

23. Sultan Ismail Perta ( 1979- 2010)

24. Sultan Muhammad Ke V [ Sultan Muhammad Faris Petra] [ 2010- sekarang]


Senarai Menteri Besar Kelantan


Berikut merupakan senarai Menteri Besar Kelantan:[1]
#NamaTempoh
perkhidmatan
PartiZaman Pemerintahan Sultan
1YTM Engku Sri Maharaja Perdana Mentri Long Abdul Ghafar1775 - 1794-Sultan Long Yunus
2Wan Mahmud bin Wan Ibrahim1800 - 1835-Sultan Muhammad I
3YTM Raja Kampung Laut Tuan Besar bin YTM Raja Muda Ismail1835 - 1839-Sultan Muhammad II & Yamtuan Muda Long Jenal
4Engku Besar Perdana Menteri Engku Long Zainal Abidin bin Long Abdul Ghafar1839 - 1851-Sultan Muhammad II
5Nik Abdul Majid bin Nik Yusoff1851 - 1885-Sultan Muhammad II
6Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid1886 - 1890-Sultan Ahmad
7Dato' Maha Menteri Saad bin Ngah1890 - 1894-Sultan Muhammad III - Sultan Mansur
8Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid1894 - 1900-Sultan Mansur
9Dato' Menteri Hassan bin Mohd Salleh1900 - 1920-Sultan Muhammad IV
10Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud bin Nik Ismail1921 - 1944-Sultan Ismail
11Dato' Seri Setia Raja Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud1944 - 1953BNSultan Ibrahim Petra
12YBM Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah bin YTM Raja Dewa Long Zainal Abidin1953 - 1959BNSultan Ibrahim Petra
13Dato' Bentara Jasa Ishak Lotfi Omar1959 - 1964PASSultan Ibrahim Petra - Sultan Yahya Petra
14Dato' Seri Paduka Raja Mohd Asri bin Muda1964 - 1973PASSultan Yahya Petra
15Dato' Biji Sura Muhamed bin Nasir1973 - 1978BNSultan Yahya Petra
16Dato' Bentara Kanan Mohamed Yaacob1978 - 1990BNSultan Yahya Petra - Sultan Ismail Petra
17Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat1990 - kiniPASSultan Ismail Petra - Sultan Muhammad V

[sunting]



Kelantan Darul Naim, atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri yang terdapat di semenanjung Malaysia. Mempunyai keluasan lebih kurang 14, 922km persegi terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand di utara. Berdasarkan bancian tahun 2000, penduduk Kelantan mempunyai seramai 1.313.014 orang dan kaum Melayu merupakan 95% terdapat di sini, diikuti kaum Cina 4.4%, Kristian 0.2% dan lain-lain 0.2%. Terdapat 9 daerah di Kelantan antaranya :-

  1. Daerah Kota Bharu - yang merupakan ibu negeri Kelantan
  2. Daerah Pasir Mas
  3. Daerah Tumpat
  4. Daerah Pasir Putih
  5. Daerah Bachok
  6. Daerah Kuala Krai
  7. Daerah Tanah Merah
  8. Daerah Gua Musang
  9. Daerah Kecil Lojing
Kelantan mengalami iklim tropika yang baik di mana hampir setiap tahun hujan turun dan berselang seli mengikut bulan-bulan tertentu. Bulan November dan Disember merupakan bulan-bulan yang paling banyak terima hujan dan di dalam tempoh 2 bulan ini, biasanya banjir akan berlaku di Kelantan. Suhu di Kelantan secara puratanya adalah 21'c


SEJARAH NEGERI KELANTAN

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.


Bahasa Kelantan...



1. Agah = sombong

2. Aloh la = mengeluh

3. Bekok = bergurau

4. Bekwoh = kenduri...biasanya kenduri kawen

5. Bera = lari bertempiaran

6. Beso = biasa

7. Blana = banyak..kuantiti yang banyak

8. Blana kokna = terlalu banyak kuantitinya

9. Blarok = rombongan ke rumah pengantin

10. Bleber = membebel/berleter

1. Blengah = melekit lekit

12. Blikat = bahagian tulang belakang

13. Bojen = fesyen/style rambut/gunting rambut

14. Borak = semakin parah/sakit teruk

15. Brehi = suka/minat

16. Brembah = bergaduh - untuk haiwan (kucing)

17. Brona = perangai (baby menangis teruk)

18. Brunga = berlari

19. Cakduh = melakukan kerja sambil lewa/kurang kemas

20. Cakpuh-cakpuh = melompat-lompat

21. Cedung = bersawah

22. Cekak = larat

23. Cetong = gayung

24. Cok = cangkul

25. Cokek = perbuatan mencucuk cari ke pinggang orang lain

26. Cokoh = duduk

27. Colek = pencicah

28. Comey lote = terlalu cantik

29. Culah = liar

30. Derak = keluar bersiar-siar

31. Dumoh = rumah

32. Ejas = memikat

33. Gege = bising

34. Glecoh = gelincir

35. Glegaa = lantai

36. Gorek = pengasah pensil

37. Gretok = jambatan

38. Gubak = kedudukan yang terakhir (exam dapat no.last)

39. Hambak = kejar

40. Hudoh banga = terlalu hodoh

41. Igak = tangkap


42. Ite lege = hitam pekat/terlalu hitam


43. Jela = pelahap


44. Jenero = tertidur


45. Jerik = menangis


46. Jet / dejet = perbuatan menedang


47. Jolo = betul


48. Jula = dahan pokok/ranting


49. Kalar = pensel warna


50. Kale = pensel








Ahad, Julai 29, 2012

Gambar Detik Kemalangan Pemandu Britain di Formula 1





Pemandu Britain Mike Conway nyaris maut apabila keretanya berlanggar dengan kenderaan lain dalam perlumbaan Indy 500,namun beliau hanya mengalami patah kaki sahaja.
























t

k