Jumaat, Mei 31, 2013

[ 2 gambar ] gambar hantu pocong keluar dari kubur di Kalimantan Barat, Indonesia









Foto di atas sungguh menggemparkan seluruh daerah di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia apabila jenazah yang  berbungkus kain kafan kelihatan keluar dari kubur di tanah perkuburan umum Muslim di Jalan Adi Sucipto, Pontianak Kalimatan Barat pada 25hb Mei 2013 yang lalu.

Menurut satudunia.com jenazah yang berada di atas tanah perkuburan itu dinyatakan sebagai Santi yang berasal dari Nusa Tenggara  timur yang meninggal dunia kerana sakit.

Hingga ke saat ini pihak polis masih menyiasat kes yang sangat pelik ini.


Gambar Jeneral dan Panglima Tentera Korea Utara yang Sangat Berjasa


sangat berjasa nih..tengoklah pingat yang jeneral dan panglima ni dapat..penuh satu baju hingga sampai ke seluar pun ada pingat dia.

[ 13 gambar ] Cara paling ekstrem spagheti dari Indonesia dibuat....

cukup ekstrem...biar gambar berbicara..
















Jom Lihat Tapak Pendakian Paling Bahaya Di Gunung Huashan, China


Inilah tapak pendakian yang dikatakan paling berbahaya di dunia, di negara China iaitu 'Mt. Huashan Hiking Trail'.

Apakah yang menobatkannya sebagai jalan laluan trek dan 'hiking' yang paling berbahaya di dunia? Anda bolehlah tengok sendiri gambar-gambar foto trek tersebut yang tak semua orang yg berani untuk melalui jalan ini.yang dipenuhi dengan cerun-cerun bukit yang sungguh bahaya sekali.

Terletak berdekatan dengan bandar Xianyang dan Xi'an, ia merupakan laluan paling berbahaya di dunia, dan bagi yang menyukai cabaran, bolehlah menerokai sendiri untuk mengalami 'debaran adrenalin' yang begitu mencabar.....


HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks

HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks1   HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks2


HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks4

HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks5


HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks6

HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks7


HuashanMountainsChangKongCliffRoadwalks10



Sekolah Percuma Untuk Keluarga Miskin Di Bawah Jambatan Di India [ 4 gambar]


Sekolah percuma untuk anak-anak miskin di bawah jambatan di India. Sungguh sadis juga melihatnya.Dibuka oleh Kumar Sharma dan Laxmi Chandra yang sangat perihatin terhadap masa depan anak-anak yang tak mampu untuk belajar di sekolah bantuan kerajaan kerana kemiskinan.






Selasa, Mei 28, 2013

Piala FA: Kelantan layak ke final......Syabas Red Warriors



sebelum perlawanan dimulakan 
sumber gambar :  Klik sini

Pemain Kelantan meraikan gol hasil jaringan Obinna Nwaneri pada minit yang ke 95 yang berjaya mengherat permainan ke masa tambahan.

sumber gambar : Klik Sini

Alhamdulillah..Kelantan sekali lagi berjaya memasuki pentas final Piala FA selepas menang dengan agg- 6-5, meskipun kalah 4-2 di tangan Terengganu dalam semi final kedua yang berlansung di Stadium Sultan Nasaruddin Shah di Kuala Terengganu petang ini.

Gol-gol Terengganu yang dijaringkan oleh Vincent Bikana, G.Paneswaran, Effa Owana dan Manaf Mamat  masih belum mampu melangkahkan kaki ke final apabila di minit-minit akhir pemain pertahanan Kelantan Obinna Nwaneri berjaya menjaringkan gol di minit yang ke 95 sekaligus mengheret permainan ke masa tambahan selepas perlawanan terikat agregat 5-5.

Pada masa tambahan 30 minit, Terengganu yang beraksi dengan sembilan orang pemain selepas Owana dan Manaf dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, ia nyata memberi kelebihan kepada pasukan pelawat untuk menghasilkan gol.

Ketika perlawanan berbaki dua minit terakhir, Dickson Nwakaeme muncul wira buat Kelantan apabila memastikan kemenangan menjadi milik mereka selepas menjaringkan gol pada minit ke-119 sekali gus meranapkan impian Terengganu mara ke final.

Sybas Kelantan tahniah kepada semua pemain, jurulatih Bojan Hodak..tahniah kepada pihak pengurusan The Red Warriors serta penyokong yang terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi menjadi faktor utama kejayaan yang sangat bermakna ini...

Dalam perlawanan final nanti, Kelantan akan bertemu sama ada Johor Darul Takzim (JDT) atau Pahang yang akan turun beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam ini.

Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah juga kepada pasukan Terengganu walaupun tewas dengan Kelantan, namun kebangkitan untuk 4 gol di Terengganu sesuatu yang sungguh membanggakan..

Imej Satelit Jet Israel Mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Syria [ 3 gambar ]


Moral of the story :  bila sesama Islam berperang sesama sendiri...membuka ruang kepada pihak musuh untuk ambil kesempatan dan menghancurkan sesebuah negara..

israel

israel

israel



sumber : klik sini

Isnin, Mei 27, 2013

[ 5 pics] Gambar hukuman gantung sampai mati dibatalkan sewaktu pesalah sedang digantung di Iran


lelaki ni didapati bersalah kerana membunuh salah seorang anggota polis di Iran dan dihukum gantung sampai mati tetapi sewaktu sedang digantung saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki ini dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini...









Ahad, Mei 19, 2013

Jom Lihat Lukisan Paling 'Simple' Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta


Biasanya, lukisan yang dilukis dengan menarik dan mempunyai nilai abstrak yang tinggi akan dijual pada harga yang tinggi..Namun, siapa sangka dengan lukisan yang hanya dilukis dengan cara yang paling senang dan 'simple' ini, di mana ia akan dijual pada harga setinggi USD$44 juta..


Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini betul-betul gila! Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.

Lukisan yang dinamakan "Onement VI" yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu "Onement V"  telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas.

Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.







[ 8 pics] Jom Lihat Lapangan Terbang Yang Paling Bahaya Di Dunia


Inilah Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana yang terletak di Pantai Maho, di Pulau Caribean di Saint Martin. Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana ini adalah merupakan lapangan terbang yang paling unik dan bahaya di dunia kerana jarak kapal terbang dengan orang ramai ( iaitu tempat tumpuan orang ramai di Pantai Maho paling rendah, sekitar 20meter semasa mahu membuat pendaratan.memang bahaya.!

Plane Spotting at Maho Beach 02

Plane Spotting at Maho Beach 04

Plane Spotting at Maho Beach 05

Plane Spotting at Maho Beach 06

Plane Spotting at Maho Beach 07

Plane Spotting at Maho Beach 08

Plane Spotting at Maho Beach 09

Plane Spotting at Maho Beach 10



t

k