Ahad, Mac 31, 2013

[ 16 gambar ] Selamat Pengantin Baru Buat Muamar Zul Ikhman dan Anis Natasha..moga kekal bahagia hingga ke syurga Allah SWT..Aamin..!


Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai iaitu Muamar Zul Ikhman bin Mohd Nazeri dan isterinya yang bernama Anis Natasha bt.Abi Nizam yang telah diijabkabulkan pada 20/1/2013 yang lalu dan sambutan menyambut menantu telah diadakan semalam, 30/3/2013 di pihak pengantin perempuan di Dewan Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur manakala di pihak pengantin lelaki diadakan pada hari ini 31/3/2013 di Taman Jaya, Bandar Tun Razak Cheras.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana majlis hari ini berjalan lancar..alhamdulillah...Selamat menempuh hidup baru buat kedua-dua pengantin...semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warromah..mendapat keturunan yang soleh dan solehah..diberikan rezeki yang barakah...sentiasa di dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT juga hendaknya...Aamin..


majlis akad nikah pada 20/1/2013

bagai pinang dibelah dua..sama cantik sama padan ( paling kiri : Ahmad Afiq dan Siti Nabilah Afni)

majlis ketibaan pengantin perempuan dan rombongan

majlis santapan beradab rombongan pengantin perempuan




' tahniah..selamat pengantin baru' -ucapan tahniah daripada tetmu yg hadir

 bergambar dengan ahli keluarga yang terdekat

 sesi bergambar selepas semuanya selesai..alhamdulillah.


laku betul hari ni.. En.Man dan Cikgu Na ( kiri)..jiran yg turut sama membantu..

 tetamu sedang menjamu selera

 abang Lan dan keluarga sedang menjamu selera..

 diserikan lagi dgn paluan kompang



abang Yie ( Tuan Haji Mohd.Nazeri-tuan rumah )

Jumaat, Mac 29, 2013

[ 5 gambar] Ron Evens : Lelaki yang menjadi ibu kepada anak gorila


Kisahnya sungguh menyedihkan apabila ibu gorila yang melahirkan anaknya tidak mahu melayan anak yang telah dilahirkan dengan sebaiknya. Aanak gorila yang diberi nama :baby Gladys ini lahir di Zoo Texes beberapa hari yang lalu namun ibu gorlia yang melahirkan anaknya ini tidak mahu menyusu anaknya.Bagi mengatsi masalah ini Ron Evens dari Zoo Cincinnati telah mengambil tanggungjawab sebagai "ibu" anak gorila bagi mengatasi masalah ibu gorila yang sangat benci pada anak sendiri.




Growing up: Cincinnati Zoo & Botanical Garden Primate Team Leader Ron Evans lays with baby Gladys, seen here at 2-months-old

Taken care of: Gladys is said to be in good health while in the loving care of 10 humans imitating a gorilla mother's behavior after her biological mother showed no interest in her

Life together: Mr Evans works on paperwork on a bed of hay as Gladys sleeps on his back cloaked in black hair meant to resemble a gorilla's

Left behind: The zoo said that after the baby was born in January its mother just walked away, showing no interest in caring for it

Cared for: Zoo workers immediately went to work making sure the newborn was bottle fed every two hours

Khamis, Mac 28, 2013

[ 3 gambar ] Wanita yang mempunyai 5 orang SUAMI..





Indiia – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.

Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya.

Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.

Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.

“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya.

“Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.
Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.

“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.
Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.

Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.

“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.

Mengikut adat di kampung berkenaan, Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami.Dinesh dikahwininya tahun lepas* ketika lelaki itu berusia 18 tahun.

Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.

Rajo katanya, memasak dan mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.


Selasa, Mac 26, 2013

JOM LIHAT SBX : SISTEM RADAR TERAPUNG GERGASI ANTI MISIL BALISTIK MILIK AS UNTUK TANGKIS SERANGAN PELURU BERPANDU KOREA UTARA DAN IRAN (15 GAMBAR)

Ketika Perang Dingin ancaman terbesar yang dihadapi oleh dunia ialah berlakunya perang nuklear. Jika Soviet melancarkan misil atara benunya, misil ini hanya memerlukan 23 minit untuk memusnahkan New York. Oleh itu sistem pengesan misil yang dilancarkan perlu wujud bagi memastikan ianya boleh ditangkis sebelum meletupkan sasaran. SBX ataupun Sea Born X-Band Radar ialah pelantar radar terapung terbesar dunia milik Amerika Syarikat. Sungguhpun ancaman Soviet tidak lagi wujud, pelantar radar gergasi ini dibina bagi mengesan serangan yang mungkin datang dari Iran dan Korea Utara. Pelantar sepanjang 116 meter dan setinggi 86 meter ini menelan belaja USD 900 Juta (RM 2.7 Billion) untuk dihasilkan. Sebuah pelantar minyak diubahsuai oleh firma Ratheon dan Boeing bagi meletakkan radar yang mampu mengesan misil dari jarak 2000 kilometer.  




sumber : Klik Sini

PM cepatlah bubar parlimen...rakyat dah tak sabar-sabar nak mengundi ni..!!!!



Bila berjumpa rakan-rakan sambil minum-minum kopi pasti topik pilihanraya akan bermain di setiap perbualan, cakap-cakap santai waktu petang topiknya banyak berkisar pada PRU13,.ada yang tanya kenapa  hingga sekarang Parlimen masih belum dibubarkan, sedangkan hari ini adalah hari terakhir untuk DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya, tidak pernah berlaku sejak negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 hal ini berlaku, maksud saya parlimen masih belum dibubarkan sedangkan tempoh hayat berberapa negeri sudah sampai ke penamatnya.Sejujurnya semakin lambat perlimen tidak dibubarkan tanggapan negetif rakyat terhadap kerajaan semakin hari semakin meningkat, namun mungkin Perdana Menteri mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga beliau masih tidak berani untuk memanggil Pilihanraya yang ke 13 ini.

Namun tidak terlalu sukar untuk untuk kita mengetahui sebab-sebabnya dan dalam banyak-banyak sebab tersebut adalah diyakini mengapa hingga ke hari ini Perdana Menteri masih belum memanggil PRU13 adalah ketidakyakinan Perdana Menteri untuk menang jauh sekali untuk mengatasi 2/3 majoriti di Parlimen.Persoalan yang boleh ditanya...kenapa masih tidak yakin untuk menang walaupun sudah banyak program dan sudah banyak wang dihulurkan kepada rakyat?

Saat ini rakyat cuma menunggu Perdana Menteri membubarkan parlimen saja..dan harap-harap perdana menteri cepat-cepatlah bubar parlimen, dah penat tunggu!.penantian sungguh menyeksakan! dan saya yakin bukan saya seorang saja yang penat menunggu PRU13, seluruh rakyat Malaysia pun saya berpendapat begitu juga.

Mood rakyat pada PRU 13 sekarang memihak kepada Pakatan Rakyat, malah jumlah pengundi pertama kali dan pengundi muda yang berjumlah 24.6% daripada ( 2.9juta daftar pengundi) juga memihak kepada Pakatan Rakyat. Sebab rakyat sekarang bukannya berada di zaman 60an, kini di zaman bermaklumat dengan mudah rakyat mendapat pelbagai maklumat bukan bergantung kepada media massa kawalan pihak pemerintahan semata-mata, di zaman ini politik lucah, politik gengster, politik samseng sudah tidak boleh lagi diamalkan.Sebagai contoh, peristiwa membaling objek-objek semasa ceramah mana-mana parti politik hendaklah dielakkan., baling batu pada bas, baling cat sepatutnya tidak berlaku. Apakah yang dapat dengan membaling batu pada bas? tidakan seperti ini membuatkan rakyat semakin meluat dengan parti pemerintah.

Baru-baru ini dalam ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu beberapa gangguan berlaku lagi, semua perbuatan ini menyebabkan orang ramai semakin meluat dan semakin benci dengan parti pemerintah..(sekadar memberi beberapa contoh..sebenarnya banyak lagi contoh)

Blog saya bukan blog politik, sekali sekala tak salah nak buat entri pasal politik, ini membuktikan bahang pilihanraya sudah lama dirasai dan dah tak sabar-sabar dah nak mengundi ini.....

inikalilah..!!

Ahad, Mac 24, 2013

[ 18 pics] Waktu senja yang indah...betapa besarnya kekuasaan Allah SWT..


Inilah gambar-gambar yang sungguh cantik yang diambil oleh jurugambar terkenal Filipina,Rodrigo Layug. kebanyakan gambar-gambar yang ambil oleh beliau bertemakan "suasana senja" (sunset) memberi suatu suasana yang cukup indah dan mempesonakan sekali kepada sesiapa yang melihatnya.. Saya memetik kata-kata Rodrigo  " saya sungguh teruja mengambil gambar di saat sunset kerana pada waktu tersebut sangat dekat dengan tuhan dan memberi keindahan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata.."


Rodrigo Layug3 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug2 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug18 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug17 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug16 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug15 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug14 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug13 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug12 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug11 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug10 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug9 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug8 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug7 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug6 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug5 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug4 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
Rodrigo Layug1 Photographer Rodrigo Layug   landscapes
So... What Do You Think?

Perempuan ditahan kerana seludup berudu di dalam mulut


Seorang pelancong Korea Selatan berjaya ditahan di Lapangan Terbang Guangzhou, China kerana cuba menyeludup keluar berudu yang diletakkan di dalam mulutnya. Di China, semua bintang termasuk anak katak iaitu berudu adalah tergolong haiwan larangan dibawa keluar tanpa kebenran pihak berkuasa China.



tinytadpolesinmouth

Inilah berudu yang berjaya dirampas oleh pihak keselamatan China ketika cuba di bawa keluar oleh pelancong dari Korea Selatan

tinytadpolesinmouth2


Lapangan Terbang Guangzhou, China 


p/s : datanglah Malaysia...di Malaysia -berudu ambillah banyak mana pun..!

Bila muka anak dijadikan lukisan oleh ibu..



Seorang ibu di New Zealand yang juga merupakan seorang pelukis, Christy Lewis telah menjadikan muka anaknya sebagai kanvas untuknya melukis.

Ternyata hasil seni nukilannya itu benar-benar unik dan kreatif. Antara hasil lukisan muka yang dilukisnya ialah karektor kartun Mario serta makhluk hijau, Incredible Hulk











t

k