Khamis, November 29, 2012

Malaysia bernafas kembali selepas kalahkan Laos 4-1 Piala AFF malam ini..




 Khyrill Muhymeen Zamberi menjaringkan gol ke 4 malam ini

Malaysia 4 Laos 1

Safiq Rahim diberikan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selepas menjaringkan gol pertama buat Malaysia


 Tan Sri Anuar Musa turut sama memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya malam ini

Peluang Malaysia bernafas kembali untuk meneruskan perjuangan di dalam Pertandingan Suzuki AFF 2012, selepas Malaysia membenam Laos 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Perlawanan yang agak mencemaskan juga malam ini seandainya Malaysia kalah ataupun seri dengan Los malam ini, nescaya peluang Malaysia untuk meneruskan perjuangan untuk mara ke peringkat separuh akhir akan berkubur di bumi Malaysia.

Gol pertama Malaysia muncul di minit yang ke 15 separuh masa pertama, selepas tendagan percuma yang disepak tajam menerjah jaring oleh Safiq Rahim dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Laos, Sengpachan Bounthisanh. Gol ini memberi semangat kepada Harimau Malaya untuk menyerang bertalkli arus ke kubu Loas. Beberapa peluang keemasan yang diperolehi oleh Norsharul Idlan Talaha dan Safee Sali namun semua sepakan kedua-dua penyerang ini tidak menepati sasaran. Kealpaan di bahagian pertahanan dimenaffatkan oleh penyerang Loas, Keoviengpeth Lithideth apabila sepakan beliau tertampan kaki Aidil memasuki gawang gol Malaysia. Keputusan dalam separuh masa pertama seri 1-1.

Di separuh masa kedua, Malaysia memperolehi gol ke 2 hasil jaringan Safee Sali selepas hasil lorongan cantik oleh Wan Zack Haikal Wan Nor. Gol semangat ini menyebabkan pasukan Laos semakin tertekan dan banyak melakukan kesilapan mudah.. Gol ke3 Malaysia terhasil di minit yang ke 75, hasil daripada bola di kaki Norshahrul dilorongkan kepada S.Kunalan dan S.Kunalan cantik melambung bola ke pintu gol Laos  lalu ditanduk tajam oleh  Wan Zack Haikal.

Gol ke 4 terhasil daripada jaringan  Khyrill Muhymeen Zamberi beberapa minit selepas beliau dimasukkan menggangtikan Safee Sali..



Selasa, November 27, 2012

[ 6 gambar ] Inilah Nugget Point Rumah Api Yang Paling Cantik Di New Zealand


Nugget Point adalah salah batu-batuan yang paling ikonik di pantai Otago, di South Island, New Zealand. Terletak di bahagian utara pantai Catlins, turun dari Kaka Point, tanjung curam ini memiliki batuaan yang paling unik sekali. Digelar "Nugget Point" kerana batuan di sini kelihatan seolah-olah seperti nugget.

Di Nugget Point juga terdirinya Rumah Api yang dimiliki oleh pihak berkuasa Maritim New Zealand yang dibina sejak tahun 1870 bagi memberi pedoman kepada kapal-kapal yang lalu lalang di  pengairan Otago, NZ

Kebesaran Allah SWT yang menjadikan segala isi bumi ini dgn begitu indah sama-sama kita syukuri...

nugget-point-0

nugget-point-5

nugget-point-1

nugget-point-3

nugget-point-4

nugget-point-7

Isnin, November 26, 2012

[ 13 gambar ] JOM LIHAT RESORT "PERKHEMAHAN" MEWAH DI AUSTRALIA


Perkhemahan jarang kita kaitkan dengan kemewahan. Bila berkhemah kita selalunya bertilamkan lantai hutan dan berbantalkan lengan. Tetapi jika anda mahukan pengalaman berkhemah secara mewah anda boleh pergi ke Longitude 131 di Australia. Ianya terletak di dalam Taman Negara Uluru-Kata Tjuta dan terdiri dari 15 "khemah" mewah. Anda dapat menikmati pemandangan indah Ularu Rocks dan menghirup udara yang bersih tanpa penceramaran. Here is the catch though, harga penginapan semalam bermula dari AUSD 2070 (RM 6621)....Pasti memberi pengalaman yang sungguh indah dan tak dapat dilupakan....






sumber : Klik sini


Singa membaham Harimau malam ini..Malaysia kalah 3-0


AFF Suzuki Cup: Malaysia 0 Singapore 3

Singapura tanpa diduga oleh ramai pihak menang dengan Malaysia malam ini, bukan satu gol tambah mengejutkan dengan tiga gol kosong..sungguh mengejutkan sekali..Kesemua gol terhasil akibat kealpaan di bahagian pertahanan yg gagal menyekat pihak lawan daripada mengasak bertubi2 dan gol yg kedua adalah betul-betul kesilapan pengjaga gol yg gagal menumbuk kemas untuk keluarkan bola dari kawasan bahaya sebelum di tanduk masuk oleh penyerang Singapura Shahril Ishak dalam ke 32 dan minit ke 40 separuh masa pertama.dan gol ke tiga dijaringkan oleh Aleksandar Duric [ free header] selepas hantaran cantik yang dilambung oleh Shahdan Sulaiman dalam minit ke 75.Di sinilah kealpaan di bahagian pertahanan kerana tidak ada seorang pun pemain pertahahan yg mencabar tandukan Duric.

Kekalahan yg sungguh memalukan ini semoga memberi kesedaran buat jurulatih Malaysia, Datuk Rajagobal..sungguh banyak kelemahan yg perlu diperbetulkan..di bahagian tengah langsung dikuasai oleh pemain Singapura, penyerang Singapura secara bersahaja berjaya mengucar kacirkan pertahanan Malaysia dan seterusnya dihukum dengan kekalahan 3-0.Semua pecaturan tidak menjadi malam ini walaupun 40,000 penyokong setia membanjiri Stadium Nasioal Bukit Jalil malam ini. Malaysia akan bertemu dengan Loas pada Rabu (28/11/2012) misi wajib menang seandainya mahu melangkah ke peringkat seterusnya..dan Indonesia akan bertemu dgn Singapura di hari yang sama.


p/s : tak rasa kecewa sangat sebab dah tahu akan kalah..!!

Sabtu, November 24, 2012

[ 14 gambar ] CASANUS : JOM LIHAT RUMAH TUMPANGAN BERBENTUK REKTUM


Casanus ialah sebuah rumah tumpangan di Antwerp Belgium yang dibina untuk kelihatan seperti sebuah rektum lengkap dengan lubang dubur. Casanus direka oleh artis Belgium Joep Van Lieshout sebagai sebuah arca yang mempunyai fungsi. Jika anda mahu menginap di dalan Casanus anda perlu membayar Euro 120 (RM 476) semalam. Bukan selalu anda dapat tinggal di dalam rektum.




sumber :  http://blogserius.blogspot.com/2012/11/serius-wtf-casanus-rumah-tumpangan.html

Jumaat, November 23, 2012

[ 11 gambar ] Jom lihat bangunan kediaman di tengah jalan raya di China



highway house china around
freeway house china
house highway chinese china family
lone stand against wrecking ball
Luo Baogen house road
residential building highway china
building highway house china road
LuoBaogenandhiswife1
LuoBaogenandhiswife3

LuoBaogenandhiswife4

LuoBaogenandhiswife5


WENLING, China - Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang di sini.
Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut.
Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah. Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi. - Agensi



Rabu, November 21, 2012

[ 4 gambar ] Sejarah dan asal usul kasut berjenama BATA





Pengasas Bata, Tomas Bata bersama keluarganya. Beliau meninggal pada 1932 kerana kemalangan pesawat.








Saya tahu mesti ramai yg pernah pakai kasut BATA ni..termasuk saya pun ada banyak, selipar, dan kasut jenis ini., rupa-rupanya kasut BATA ini keluaran luar negeri dan bukannya dalam negara kita.

Setiap dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.

Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.

Penulis masih ingat lagi ketika melalui zaman persekolahan, memiliki kasut berjenama Bata, sudah dianggap sebagai anak orang berada dan pastinya pelajar wanita akan mengerling kepada penulis bukan kerana orangnya tetapi kerana kasut yang dipakai.

Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.

Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.

Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.

Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.

Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.



Sejarah


Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.

Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.

Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.

Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.

Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.

Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.

Ungkapan bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya.

Malah beliau turut diberi gelaran Henry Ford Eropah Timur?kerana menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda.

Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.

Pada ketika itu, syarikatnya Bata telah mengambil 16,560 orang sebagai pekerja, menguruskan 1,645 buah kedai kasut dan sebanyak 100,000 pasang kasut dikeluarkan dalam sehari menjadikan Bata sebagai pengeksport utama kasut di dunia.

Adik Tomas, Jan Antonin Bata kemudiannya dilantik untuk memimpin syarikat Bata dan di bawah pengurusannya beliau telah berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan ke 63 negara serta terlibat dalam beberapa industri lain antaranya dalam industri tayar, tekstil, perlombongan, perfileman malahan pembuatan pesawat.

Beliau turut membangunkan beberapa bandar industri baru di serata dunia berdasarkan wawasan Bandar Harapan antaranya di Bataipora, Batatuba dan Bataguassu di Brazil serta di Perancis, Belanda, Belgium, AS dan India.

Sebelum Perang Dunia ke Dua tercetus, syarikat Bata telah mempunyai pekerja seramai 105,770 orang dan sebanyak 30 juta kasut telah dijual di lebih 30 negara.

Bagaimanapun akibat perang ini keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah Czechoslovakia dan Antonin ditahan oleh pihak yang pro komunis selepas Perang Dunia Kedua tamat.

Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.

Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Batawa, Toronto di Kanada sebelum melangkah lebih jauh dengan pembinaan kilang baru serta menjadikan kawasan ini sebagai ibu pejabat baru Bata.

Di bawah kepimpinan Thomas Junior, beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia.

Beliau juga melancarkan beberapa label baru bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini.

Thomas akhirnya kembali ke negara asalnya yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 1989, dan membeli kembali syarikat Bata yang masih wujud di sana namun membuat keputusan untuk kembali semula ke Kanada.

Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di AS, Perancis, dan England.

Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan rangkaian kedai untuk beroperasi di negara ini.















[ gambar ] Roket Qassam dari Gaza membuatkan Israel tak tidur lena....



Roket dari Hamas di Gaza ini diberi nama sebagai Roket Qassam semepana nama pejuang Palestin pada abad ke 20. Sejak tahun 2007 hingga ke hari ini sudah lebih 3000 serangan roket seperti ini mengenai Israel dan pertama kali digunakan sejak tahun 2001. Walaupun roket ini tidak dipandu dengan menggunakan komputer atau satelit, namun pihak Israel sangat takut akan roket2 ini dan pihak Israel akan membalas dengan serangan udara yang bertubi-tubi ke Gaza seperti yang dilakukan sekarang ini.

Di awal kemunculan roket Qassam ini mempunyai jangkauan cukup rendah cuma sekitar 10-12km saja, dan sasaran hanya di kawasan2 penempatan haram Yahudi di sempadan Israel saja. Roket  Qassam ini memang tidak efektif kerana walaupun melebihi 2000 roket disasarkan roket ini ke Israel, namun sejak 2006 cuma 13 orang saja rakyat Israel yang terkorban berbanding serangan Israel ke atas Gaza. Namun hanya inilah yang ada..dan walaupun kurang efektif sekurang2nya kita dapat lihat bagaimana betapa lemahya pertahanan negara Isreal ini yang dibekalkan segala pertahahan canggih oleh Amerika Syarikat seperti peluru berpandu MIM-104 Patriot untuk menembak jatuh roket Qassam ini, namun dalam lebih 200 roket yang dilancar dari Gaza ke Israel masih boleh menembusi dan ada yag terkorban dan berpuluh2 orang Israel cedera.




Inilah roket yang dilancarkan oleh pejuang-pejuang Hamas di Gaza yang mengenai Israel

qassam16.jpg (480×320)

pandangan dari dekat roket-roket tersebut

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/230090_440190196041984_1484170030_n.jpg

tentera zionis bukan berani pun..

Selasa, November 20, 2012

[ gambar ] Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR





dari kiri ; Aminah bt Zulkeflee,Nor Azieda bt.Shaik Maidin, Dzulaika Athirah bt Dzulkfle, Siti Zubaidah bt.Hj.Zainurin dan Siti Nordiana bt Abdullah.

UPSR telah diumumkan semalam, dan sekolah saya memperolehi peningkatan dalam gred purata yang sungguh membanggakan iitu 1.72 (gred purata), begitu juga dgn peratusan kelulusan keseluruhan meningkat melebihi 20% berbanding sebelumnya.

Tahniah kepada pelajar2 yang mendapat keputusan 5A yang seramai 5 orang dan tahniah juga kepada pelajar yang mendapat keputusan 4A1B. Tahniah juga kepada semua guru yg mengajar di kelas tahun 6 dengan penuh sabar mendidik, membimbing tanpa rasa penat dan lelah, tanpa jemu-jemu membimbing pelajar tersebut.

Kepada pelajar yg kurang bernasib baik..janganlah pula cepat berputus asa..perjalanan masih jauh dan kejayaan pasti menjelema seandainya kuat berusaha tanpa rasa jemu..tanpa rasa penat lelah..pasti kejayaan akan digapai.


Ahad, November 18, 2012

[ 6 gambar ] Balasan yg brutal orang yg buang sampah di China


Di China seorang wanita yang membuang sampah sesuka hati menerima balasan yang sadis dari seorang penyapu sampah di Hunan,  Zhou Ting (22) putus jari hantunya selepas dikelar oleh Guo Nengfang (33) kerana membuang sampah dari kenderaan yang di naikinya. Menurut laporan NetEase Guo Nengfang bengang apabila melihat kawasan yang baru disapunya dikotorkan semula oleh Zhuo. Guo menyuruh Zhuo mengutip sampah yang dibuangnya tadi tetapi Zhuo enggan. Guo naik hangin dan mengelar tangan Zhuo dalam sebuah pergelutan. Jari Zhou berjaya disambung dan Guo kini ditahan polis. Yang menarik tentang insiden ini ialah Gio Nengfang kembali menyapu jalan selepas mencederakan Zhuo Ting. Beliau hanya berhenti bekerja dan melarikan diri ke atas bangunan apabila cuba ditangkap polis.

Perkara yg sebegini tak sepatutnya berlaku..seandainya semua pihak mempunyai rasa tanggugjawab yang tinggi..jangan suka membuang sampah walaupun kita sedar ada orang yang akan sapu sampah kita..







Rabu, November 14, 2012

[ 3 gambar ] Jom Lihat Sawah Padi Yang Dihiasi Dengan Lampu Yang Sungguh Cantik Sekali


Selalunya jika disebut sawah padi, pasti suasananya indah luas mata memandang saat padi menguning, pasti sayup mata memandang, itu yg biasa kita tahu, namun lain pula sawah padi yang terdapat di Shiroyone Senmaida, Jepun ini yang dipenuhi dengan 20,000 lampu LED di setiap penjuru batas sawah. Pemandangan dengan kerdipan warna pink sungguh memberi suasana yg sangat cantik bila dilihat di malam hari. Keunikan sawah padi ini tercatat di dalam Guinnes Book of Record dan diiktiraf sebagai swah padi berlampu paling banyak di dunia.. Boleh tak hal yang sama dibuat dibuat di Malaysia? Pasti jawapannya tidak, kerana siapa yg nak tanggung kos elektrik ini?

Aapapun jelas dan terbukti..orang Jepun memang kreatif..





Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H..








Assalamualaikum wbt.

Sempena sambutan Maal Hijrah 1434H yang disambut bermula malam ini, saya ingin merakamkan ucapan Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut Awal Muharam 1434H kepada semua sahabat2 saya, para blogger, anak-anak murid saya, rakan2 facebook saya..semoga dirahmati Allah SWT juga hendaknya..

Bertunjangkan sambutan Maal Hijrah ini, marilah sama-sama kita menghayati erti sebenar hijrah sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Di dalam sebuah hadis Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (Kota Mekah), melainkan jihad dan niat." (Riwayat Al-Bukhari).

Pengertian di dalam hadis ini amat panjang untuk dibicarakan. Namun begitu, sebagai manusia yang punya akal, kita diberi kesempatan untuk mengambil iktibar daripada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah kepada kita. Peristiwa hijrah bukan sekadar direnung dari sudut perjalanan Baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah sahaja, malah lebih luas dari itu.

Justeru itu, marilah sama-sama kita muhasabah diri dengan sebaik-baik penilaian. Adakah kita telah berhijrah mengikut apa yang disyariatkan kepada kita. Saban tahun inilah mujahadah yang perlu kita lakukan. Hijrahlah dalam erti kata sebenar sebagi seorang Muslim yang beriman. InsyaAllah tahun 1434H ini menjadi titik tolak perjalanan kita menuju Ilahi.

Azman letak jawatan, Mat Yo dilepaskan




TIGA PIALA... (Dari kiri) Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Liga Super yang berjaya disapu bersih oleh Kelantan musim ini.


DESAS-DESUS mengatakan Azman Ibrahim akan berundur sebagai pengurus pasukan The Red Warriors pada musim depan akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan peletakan jawatannya itu.
Azman yang menjadi pengurus pasukan bola sepak Kelantan sejak 2005 berkata, ia masa yang tepat untuk beliau berundur selepas Kelantan berjaya menggondol kejayaan trebel dengan menyapu bersih ketiga-tiga piala dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini walaupun Kelantan pada suatu ketika dahulu pernah bermain di Liga FAM.
"Saya ambil alih pasukan ini daripada Datuk Ahmad Jazlan Yaacob (ketika itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan) pada 2005 apabila Kelantan jatuh ke Liga FAM yang mana tidak ramai yang berminat untuk menguruskan pasukan ini dan kembali ke Liga Perdana pada tahun berikutnya.
"Saya bersyukur dapat bersama Kelantan dalam saat kegemilangan dan harap The Red Warriors lebih berjaya pada masa hadapan.
"Saya percaya Bojan (Hodak) boleh melakukan tugas sebagai pengurus walaupun pada masa yang sama menjadi jurulatih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkaitan perarakan tiga piala itu di Kota Bharu semalam.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya dipetik sebagai berkata, KAFA membuat keputusan untuk melantik Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan selepas Azman yang juga Setiausaha Agung persatuan tersebut memohon untuk tidak menjadi pengurus pasukan pada musim 2013.
Bagaimanapun, Azman masih kekal sebagai Setiausaha Agung KAFA.
Ketika ditanya sebab-sebab pengunduran beliau daripada pengurusan pasukan, Azman berkata, beliau ingin memberikan peluang kepada orang baharu supaya Kelantan dapat diuruskan dengan lebih baik.
"(Pengunduran) ini telah lama saya fikirkan tetapi seboleh-bolehnya saya pun nak beri peluang kepada orang lain kerana bila terlampau lama akan banyak perkara yang boleh berlaku.
"Usia saya pun sudah meningkat. Dari segi tekanan dan beban kerja, saya rasa saya harus lepaskan secara beransur-ansur," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail berkata, penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dilepaskan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika persatuan itu bersetuju dengan syarat-syarat KAFA.
"Jawatankuasa Pengurusan bersetuju untuk menyerahkan urusan pemindahan Mat Yo (Norshahrul) kepada Tan Sri (Annuar Musa). Beliau akan guna budi bicara dan pandangan dia dalam menentukan kedudukan Mat Yo.
"Selain itu, kita telah menghantar surat tawaran kepada PBNJ dan terserah kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada setuju atau tidak dengan tawaran yang kita tetapkan," katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan syarat-syarat tersebut.
Perpindahan Mat Yo, pemain paling bernilai untuk tiga tahun berturut-turut itu, mencipta polemik apabila timbul khabar angin mengatakan PBNJ sanggup membayar yuran perpindahan sebanyak RM1 juta kepada KAFA bagi membolehkan Mat Yo beraksi bersama pasukan Johor pada musim depan.
Dalam perkembangan lain, Rosmadi berkata, KAFA akan mengadakan Majlis Perarakan Tiga Piala pada 20 November ini bagi menghargai penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada The Red Warriors sehingga berjaya menyapu bersih ketiga-tiga piala pada musim ini.
Rosmadi berkata, perarakan itu akan bermula pada pukul 10.30 malam di pekarangan Hotel Renaissance selepas santapan malam bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, selain turut mempersembahkan ketiga-tiga piala tersebut kepada baginda di hotel itu.

Selasa, November 13, 2012

Orang Malaysia Kreatif Dalam Bab Tidur..


Inilah yang berlaku apabila dah mengantuk..kat mana-mana pun mampu lena..tanpa risau akan menjadi perhatian orang ramai..

Lokasi : LCCT , KL





sumber : klik sini..


Isnin, November 12, 2012

Makkah, Madinah paling terang dari angkasa lepas [ 4 gambar ]










RIYADH: Seorang angkasawan Russia semalam berkata, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.

Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas semalam.

“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.

Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. - AN



t

k