Sabtu, September 15, 2012

Putera William Dan Kate Middleton Di Kuala Lumpur(14 Gambar)



Putera William dan isteri beliau Kate Middleton kini di Malaysia untuk lawatan kerja selama dua hari. Malam semalam mereka dijemput untuk menghadiri makan malam bersama Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim serta Permaisuri Tuanku Haminah. Turut hadir pada majli makan malam ini ialah Perdana Menteri yang kita kasihi Dato Seri 1Najib, Datin Seri Dr Rosmah, Tan Sri Muhyiddin serta isteri.

Sebelum itu golden couple diraja England ini menhadiri majlis makan tengahari bersama PM di Putrajaya. Sepanjang hari makan je kerja tapi Kate Middleton masih lagi rata seperti KLIA. Kesian.

Selepas majlis makan malam mereka berdua menerima hadiah berupa keris emas, sepasang kasut,sepersalinan baju batik sutera dan gambar old school Yang Dipertuan Agong bersama nenda William Queen Elizabeth. Dari gambar lama di bawah kami boleh rumuskan orang England sekarang lebih tinggi dari nenek moyang mereka. Dulu Queen dan Sultan Abdul Halim hampir sama tinggi. Untunglah diet mereka mempunyai gizi sempurna dan memenuhi piramid makanan yang baik.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k