Sabtu, September 15, 2012

[ sedih ] Kehidupan Mangsa Gempa Di Yunnan China (15 Gambar)



Sabtu lalu gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter melanda Yunnan Yiliang China. Setakat ini 80 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 700 orang lagi tercedera. Ia juga mengakibatkan kehidupan 700 000 warga setempat terjejas kerana gangguan elektrik, air serta kerosakan tempat tinggal. Sejak hampir seminggu lalu mereka tidak menerima bantuan kemanusiaan yang sempurna dari kerajaan pusat dan seperti biasa warga China naik berang. Masih terdapat warga Yunnan Yiliang yang terpaksa bermalam berselimutkan bulan dan bintang kerana khemah sementara yang dibawa palang merah tidak mencukupi. Mangsa gempa juga hanya diberi makan ubi keledek dan mee segera. Warga China merasakan adalah sangat memalukan bagi China, kini kuasa ekonomi dunia gagal menyediakan bantuan kemanusiaan yang sempurna untuk rakyatnya...Syukur alhamdulillah...semua musibah ini tidak berlaku di dalam negara kita.....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k