Rabu, Januari 25, 2012

Restoran dengan motto 'Makan Sepuasnya, Bayar Seikhlasnya'

Konsep restoran 'all you can eat' atau buffet dengan hanya membayar harga tertentu, mungkin sudah biasa dimana mana tetapi restoran yang satu ini unik, kerana berani mengambil risiko yang merugikan perniagaannya


Deewan Resturant, sebuah restoran masakan Pakistan di Wina menawarkan konsep'makan sepuas Anda, bayar semahu Anda'. Bayangkan, Anda makan banyak, tapi hanya bayar sedikit. Wah, apa jadinya restoran seperti itu?




Namun ternyata nasib Deewan tak sejalan dengan logik prinsip ekonomi untuk memaksimakan keuntungan. Buktinya, dari tahun ke tahun, Deewan terus beroperasi. Para pelanggannya pun datang, makan, dan membayar dengan harga lebih dari yang sepatutnya di bayar.


Lokasinya di Schottentor, restoran ini pun menjadi tempat kegemaran para mahasiswa yang berlajar di daerah tersebut. Mahasiswa yang tak mempunyai banyak bujet restoran ini memang menjadi pilihan utama.
Tapi bagi yang bukan pelajar, restoran ini menjadi tempat persinggahan untuk makan seperti pelancong dan *backpacker* .


Restoran ini diusahakan oleh seorang lulusan falsafah, Natalie Deewan, konsep restoran ini diinspirasikan daripada keikhlsan tanpa mengharap imbuhan dan pada awal pembukaannya dia sendiri tidak berasa yakin tetapi kerana niat untuk beramal ,pelanggannya semakin ramai .


Lalu berapakah 'fair fare' yang masuk akal jika makan di sini? Jika melihat menunya, memang Deewan tak terlalu banyak menyediakan macam-macam masakan.Di meja buffenya, hanya ada 2 pilihan makanan utama.


Pertama,makanan kari dari bahan ayam, kambing hingga lembu dan kedua, makanan vegetarian saja serupa kebab sandwich. Juga disediakan makanan pencuci mulut bernama Halla, iaitu sejenis nasi manis
yang diolah menggunakan susu dan minyak.


Selain itu, Deewan juga menghidangkan nasi dan juga kentang. Sementara, untuk minum, Deewan telah menyenaraikan harga tersendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k