Rabu, Februari 29, 2012

[ gambar ] Budak Berumur 6 Tahun Yang Gemar Minum Minyak Petrol



Jesen Khairul Fuadi, berusia enam tahun mempunyai kebiasaan yang unik iaitu meminum minyak petrol. Kebiasaan ini sudah dilakukan sejak dia berusia satu tahun. Setiap hari, kanak-kanak yang belum sekolah itu boleh menghabiskan dua hingga tiga liter minyak.
Kemana pun pergi dia mesti membawa minyak bersamanya. Mulut dan hidungnya selalu membau dan meminum bekas yang membawa minyak itu. Dia mengaku pening jika tidak membau aroma minyak itu.

Bapanya mengaku sudah kerap melarang anaknya meminum minyak. Berbagai cara telah diusahakan agar kebiasaan buruk anaknya itu berhenti seperti diterapi dengan pengubatan alternatif, menyembunyikan semua bekas berisi minyak dan mengganti minyak dengan air tetapi masih juga gagal.

Akibat meminum minyak itu pertumbuhan tubuh Jesen tidak normal dibanding anak seusianya. Tubuhnya tampak montel, rambutnya kusam dan matanya kuyu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k