Sabtu, Mac 02, 2013

"Abah dah meninggal kena bom





“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.

Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.

Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.

Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.

Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.






2 ulasan:

  1. Ya Allah. Semoga kak aziah tabah.... semoga dia kuat menempuhi dugaan ini... alfatihah buat arwah suaminya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ujian Allah yang Maha Berat ditanggung..moga roh2 arwah dicucuri rahmat..Aamin.

      Padam

t

k