Selasa, Mac 26, 2013

PM cepatlah bubar parlimen...rakyat dah tak sabar-sabar nak mengundi ni..!!!!



Bila berjumpa rakan-rakan sambil minum-minum kopi pasti topik pilihanraya akan bermain di setiap perbualan, cakap-cakap santai waktu petang topiknya banyak berkisar pada PRU13,.ada yang tanya kenapa  hingga sekarang Parlimen masih belum dibubarkan, sedangkan hari ini adalah hari terakhir untuk DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya, tidak pernah berlaku sejak negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 hal ini berlaku, maksud saya parlimen masih belum dibubarkan sedangkan tempoh hayat berberapa negeri sudah sampai ke penamatnya.Sejujurnya semakin lambat perlimen tidak dibubarkan tanggapan negetif rakyat terhadap kerajaan semakin hari semakin meningkat, namun mungkin Perdana Menteri mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga beliau masih tidak berani untuk memanggil Pilihanraya yang ke 13 ini.

Namun tidak terlalu sukar untuk untuk kita mengetahui sebab-sebabnya dan dalam banyak-banyak sebab tersebut adalah diyakini mengapa hingga ke hari ini Perdana Menteri masih belum memanggil PRU13 adalah ketidakyakinan Perdana Menteri untuk menang jauh sekali untuk mengatasi 2/3 majoriti di Parlimen.Persoalan yang boleh ditanya...kenapa masih tidak yakin untuk menang walaupun sudah banyak program dan sudah banyak wang dihulurkan kepada rakyat?

Saat ini rakyat cuma menunggu Perdana Menteri membubarkan parlimen saja..dan harap-harap perdana menteri cepat-cepatlah bubar parlimen, dah penat tunggu!.penantian sungguh menyeksakan! dan saya yakin bukan saya seorang saja yang penat menunggu PRU13, seluruh rakyat Malaysia pun saya berpendapat begitu juga.

Mood rakyat pada PRU 13 sekarang memihak kepada Pakatan Rakyat, malah jumlah pengundi pertama kali dan pengundi muda yang berjumlah 24.6% daripada ( 2.9juta daftar pengundi) juga memihak kepada Pakatan Rakyat. Sebab rakyat sekarang bukannya berada di zaman 60an, kini di zaman bermaklumat dengan mudah rakyat mendapat pelbagai maklumat bukan bergantung kepada media massa kawalan pihak pemerintahan semata-mata, di zaman ini politik lucah, politik gengster, politik samseng sudah tidak boleh lagi diamalkan.Sebagai contoh, peristiwa membaling objek-objek semasa ceramah mana-mana parti politik hendaklah dielakkan., baling batu pada bas, baling cat sepatutnya tidak berlaku. Apakah yang dapat dengan membaling batu pada bas? tidakan seperti ini membuatkan rakyat semakin meluat dengan parti pemerintah.

Baru-baru ini dalam ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Aman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu beberapa gangguan berlaku lagi, semua perbuatan ini menyebabkan orang ramai semakin meluat dan semakin benci dengan parti pemerintah..(sekadar memberi beberapa contoh..sebenarnya banyak lagi contoh)

Blog saya bukan blog politik, sekali sekala tak salah nak buat entri pasal politik, ini membuktikan bahang pilihanraya sudah lama dirasai dan dah tak sabar-sabar dah nak mengundi ini.....

inikalilah..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k