Jumaat, Mac 22, 2013

Tiga aktivis siswa ditahan polis di Angkasapuri


NONE

NONE

NONE


Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas  mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam. 

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka. 

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.


sumber : Klik Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k