Selasa, November 22, 2011

Safee Sali Bersyukur Malaysia Jadi Juara


JAKARTA, KOMPAS.com — Penyerang pasukan kebangsaan Malaysia , Safee Sali, bersyukur atas kejayaan pasukan Malaysia U-23 meraih "ibu segala emas" di dalam pertandingan akhir bola sepak SEA Games XXVI malam tadi
"Saya sendiri gembira kedua-dua pasukan Indonesia dan Malaysia masuk final. syukur alhamdulillah Malaysia menang kerana mampu mempertahankan gelaran juara dua kali berturut-turut," kata Safee saat dihubungi Kompas.com. malam tadi
Safee yang ditemani pengurusnya Zakaria Rahim, menyaksikan perlawanan final bola sepak Malaysia menentang Indonesia malam tadi. Indonesia yang terlebih dahulu menjaringkan gol awal hasil tandukan cantik Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke 5, Namun, Malaysia mampu menyamakan gol penyaman kedudukan dan memaksa diadakan sepakan penalti. Dalam drama yang sungguh mendebarkan sepakan penalti, Malaysia menang 4-3.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k