Jumaat, Februari 17, 2012

"Adik Manja Mahu Tidur" yang sungguh menyentuh perasaan...

rdn_4ea22d88b3b75

Berita ini dikutip daripada Xian Xiang Morning News, beberapa keping gambar yang bertajuk " Adik Manja Mahu Tidur" telah ditweet melebihi 20000 orang selepas dipostkan di QQ weibo.com.

Gambar yang telah dirakam pada 29hb Julai tahun 2011 ini memaparkan seorang pelajar di sebuah sekolah di Negeri Fenghuang , China sedang mendengar apa yang cikgu ajar di dalam sebuah kelas sambil budak tersebut memangku adiknya yang sedang tidur telah menyentuh ramai pihak di China.

Budak ini yang bernama Lu Qixing, terpaksa berbuat demikian kerana ayah dan ibu beliau keluar berkerja untuk menampung kos sara hidup yang begitu menghimpit di China. Guru yang mengajar ketika gambar ini dirakam, Wu Jianhui menyatakan suasana ini sudah menjadi kebiasaan dan pihak sekolah tidak mempunyai masalah untuk membenarkan pelajar membawa adik ke sekolah kerana semua itu adalah kesempitan hidup di sebuah negara yang mempunyai penduduk yang melebihi 1 bilion tersebut.

rdn_4ea22d89e2174

rdn_4ea22d8845dbc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k