Selasa, Februari 21, 2012

Budak 11 tahun digantung secara terbalik di kipas serta dipukul kerana lambat hidang teh

Gila betul majikan budak ini...



ISLAMABAD: Seorang budak lelaki Pakistan berusia 11 tahun digantung secara terbalik dari kipas siling dan dipukul dengan kejam menggunakan pemukul kriket kerana lambat menghidangkan teh kepada pemilik sebuah kedai tempat dia bekerja.
Mohammad Nassir, 11, diselamatkan seorang orang awam yang mendengar jeritan beliau.

“Nasir menjerit ketika kami membantunya turun,” lapor Express Tribune emetik seorang saksi. Dalam kejadian Jumaat lalu, pemilik kedai terbabit, Chaudhry Niaz meminta Nassir menghidangkan teh kepada beliau.

Apabila Nassir mengambil masa yang lama, Niaz mengikat dan memukul pekerja terbabit.

Pukulan dihentikan apabila orang ramai campur tangan, tetapi dia meneruskan selepas orang ramai bersurai. –
Agens
i


sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k