Isnin, Februari 13, 2012

[ gambar ] Kalau nak merasa pengalaman isteri mengadung..cubalah pakai pakaian ini..




Lelaki memang tak pernah merasai macam mana isteri mengandung yang terpaksa menahan berat bayi dalam kandungan selama 9 bulan, tak pernah merasai betapa susahnya nak bergerak ke sana-sini dengan perut yang sarat mengandung dan besar macam tu.

Tapi itu dulu la, sekarang sudah terciptanya pakaian "Mommy Tummy Suit" dapat membuatkan lelaki juga merasai pengalaman mengandung macam isteri anda. Baju ni direka oleh Takayuki Kosaka dari Kanagawa Institute of Technology, Japan. Baju ni bukanlah sebarangan baju kerana terdapat ruang-ruang akan terisi dengan ceacair bila seseorang memakai baju tersebut.

Cecair tersebut akan semakin bertambah dibahagian perut setiap hari seperti berat bayi yang bertambah setiap hari, dan bertambah di bahagian payudara seperti payudara perempuan yang mula menghasilkan susu. Selain tu, baju tu terdapat sensor untuk lelaki yang memakainya dapat merasai gerakan bayi dalam "perut" tersebut.

Lelaki yang memakainya akan memakainya selama berbulan-bulan seperti keadaan mengandung sebenar. Kosaka dan rakan-rakannya berharap dengan penciptaan baju tersebut akan membuatkan lelaki lebih memahami dan simpati dengan keadaan perempuan semasa mengandung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k