Sabtu, Februari 11, 2012

[ gambar ] Lelaki ini 15 tahun mencari pembunuh anaknya tapi masih belum berjumpa

Fransisco Holgado, lelaki 66 tahun yang selalu berpakaian serba hitam dan memiliki dua keperibadian. Siang dia menjadi seorang ayah, malam dia menjadi pemburu pembunuh anaknya.

Ini adalah tahun ke 15 sejak anaknya, Juan Holgado, terbunuh dengan lebih dari 30 tikaman. Fransisco Holgado menghitung setiap tahun kematian anaknya tersebut di sebuah tembok di kota Jerez De La Frontera, Sepanyol.

Pada tembok itu tertulis “14 tahun. Keadilan untuk Juan Holgado”. Holgado menutup angka 14 tahun dengan cat putih dan menggantinya dengan angka 15 tahun. Selama itu pula, Holgado berjuang mencari pembunuh anaknya sampai ke sarang penjenayah di kota yang terletak di Sepanyol selatan itu.
Holgado bersara awal demi melancarkan misinya. Isterinya bahkan meminta cerai dan ketiga anaknya mulai tidak memperdulikannya. Dengan menggunakan wig murahan, kacamata dan sebuah topi, Holgado menyamar dan mendekati semua penjahat di lokasi tersebut.

“Apa yang harus seorang ayah lakukan? Seorang ayah yang anaknya dibunuh tidak boleh hanya duduk di rumah. Dia harus menemukan pembunuhnya, bahkan mengorbankan nyawanya jika diperlukan,” ujar Holgado yang setiap hari menziarahi kubur anaknya, dan sampai hari ini juga, Holgado masih mengenakan pakaian hitam tanda berkabung.

Juan Holgado, 26, terbunuh pada 22 November 1995 ketika bekerja di sebuah stesen minyak. Dia ditemukan berlumuran darah dengan puluhan tikaman. Pembunuhnya berhasil lari beserta wang beberapa ratus dolar, beberapa pek rokok, dan beberapa botol minuman alkohol.

Penyiasatan kematiannya terbantut kerana kurangnya barang bukti pada penyelidikan. Tempat kejadian yang penuh dengan darah, pecahan kaca, dan bekas perkelahian telah dibersihkan pemilik stesen itu. Beberapa fotografer dan wartawan juga merosak bahan bukti. Cap jari tersangka juga telah hilang tanpa bekas. Inilah yang menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menangkap satu orang pun hingga saat ini.

Demi mendapatkan informasi dari lokasi kejahatan. Helgado menyamar menjadi Pepe. Dia berhasil berteman dengan para pengedar dadah, perampok, dan pelacur. Semuanya demi mendapatkan informasi mengenai pelaku kematian anaknya. Bak agen mata-mata, semua percakapan dengan mereka dirakamnya di sebuah kaset.

Terdapat puluhan rakaman dalam keset berdurasi 60 menit. Empat orang tersangka telah berhasil dia tangkap, namun semuanya akhirnya dibebaskan kerana kurang bukti. Seorang pemuda yang paling dicurigainya adalah Pedro Asencio, pemuda ini mengaku kepada Pepe telah membakar bajunya yang berlumuran darah ketika itu, dia juga mengatakan akan membunuh Fransisco Helgado.

Helgado terkenal kerana kenekadannya. Dia pernah berdiri di tengah rel keretapi untuk menghentikan keretapi ke Madrid. Dia menampal kota dengan poster dan menconteng gedung menuntut keadilan.


*sungguh kesian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k