Khamis, Februari 09, 2012

[ gambar ] Tengkorak bayi dibedah seperti jigsaw puzzle..


Seperti memainkan puzzle, pasukan doktar di England membedah tengkorak seorang bayi lalu membentuknya kembali dengan susunan yang berbeza. Langkah dramatik ini dilakukan untuk mencegah kerosakan kekal di otak bayi tersebut.


Phoebe Grimes, di lahirkan dengan keadaan yang disebut craniosynostosis. Kelainan ini membuat tengkoraknya membeku, sehingga otak yang terus berkembang akan mengalami tekanan berlebihan kemudian rosak secara berkekalan.


Ibunya, Claire menyedari kelaianan dengan Phoebe ketika bayi itu baru berusia 6 minggu. Terdapat bahagian tertentu di kepalanya yang tampak lebih kecil daripada yang sepatutnya, sehingga Claire mulai rasa risau sebab ukuran kepalanya tidak sama dengan anak sulungnya.


Doktar Kanak-kanak di Hospital Birmingham tidakdapat memastikan diagnosisnya hingga beberapa minggu kemudian. Doktar hanya dapat mengidentifikasi kelainan yang diderita bayi malang tersebut ketika usianya telah mencapai 3 bulan dan tekanan di otaknya telah mencapai keadaan yang hampir kritikal.


Dokter mengatakan, Phoebe tidak mempunyai pilihan selain menjalani pembedahan untuk menyusun kembali struktur tulang tengkoraknya. Jika tidak dilakukan segera, di kuatiri kerosakkan di otaknya akan lebih teruk apabial dia mula bersekolah kelak.


Setelah 4 bulan diagnosis diberikan, Phoebe sudah cukup kuat untuk menjalani pembedahan. Doktar memotong tengkorak secara zig-zag dari telinga satu ke telinga yang lain, lalu menyusunnya kembali supaya dapat memberi ruang bagi otak untuk terus berkembang.


Pembedahan itu mengambil masa selama 5 jam. Bekas luka dengan alor zig-zag itu membuat kepala Phoebe seolah-olah boleh pecah pada bila -bila masa.




Namun kini, bekas itu sudah tidak kelihatan di kepala Phoebe yang kini telah berusia 3 tahun. Berkat pembedahan zig-zag ini, Phoebe boleh menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

t

k